CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teknologi Pengunduran Proses Penuaan- Bayi Lahir Pada 2070 Boleh Hidup Sampai 150 Tahun

24-3-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 946| Komen: 12

London – Saintis mendakwa bahawa bayi yang dilahirkan pada tahun 2070 boleh hidup sehingga 150 tahun hasil daripada kemajuan dalam teknologi pengunduran proses penuaan, lapor portal berita MailOnline.


Sekiranya benar, ia bukan sahaja boleh menggandakan purata jangka hayat global semasa,  malah boleh menyelesaikan masalah kesihatan yang berkaitan dengan usia.

Kajian itu semakin menjadi satu realiti selepas kajian perintis awal bulan ini berjaya membalikkan proses penuaan pada seekor tikus tua dengan selamat.


Gambar Hiasan

Para saintis kini meramalkan teknologi itu sedia digunakan ke atas manusia dalam tempoh beberapa dekad sahaja lagi.


Ahli biologi pengiraan dan pengarang Ageless: The New Science of Getting Older Without Getting Old, Dr. Andrew Steele, memberitahu bahawa ujian klinikal ke atas manusia akan dilakukan tidak lama lagi.

“Dalam tempoh 50 tahun akan datang, proses ini bukan lagi sesuatu yang mustahil,” katanya.

Ahli genetik University College London,Profesor Jurg Bahler, meramalkan teknologi sedemikian boleh membantu meningkatkan jangka hayat sehingga satu setengah abad pada maksimum.

“Sesetengah orang, termasuk saya sendiri, akan mengatakan bahawa terdapat tahap tertentu untuk kehidupan manusia, kira-kira 150 tahun dan anda tidak boleh melampaui itu.

“Kajian ini akan mengubah perspektif berkenaan,” jelas Bahler. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 24-3-2022 10:10 AM
Ntah smp ke tak dunia ni tahun 2070
Quote mdhelmi 24-3-2022 11:06 AM
nanti pencen sampai 100 tahun baru boleh keluar KWSP
Quote jas7512 24-3-2022 11:19 AM
2070 masih wujud kah
Quote Adrif 24-3-2022 02:24 PM

maksimum 2060 jah  


Quote Tembikaigoreng 24-3-2022 05:08 PM
So kalau umur dah dekat 70 still young githuuu
Quote Artemesiaa 24-3-2022 05:16 PM
Dulu2 bukan ke ada je yang berusia 150 tahun, jadi bukanlah kajian baru mungkin perbaiki dari apa yang ada
Quote whimsicalmusic 24-3-2022 05:30 PM
Kalo umur 70 sakit tua tp xmati2 smpai 150 thn lg terseksa..sape nk hidup lama2 sgt
Quote cik_chili 24-3-2022 05:52 PM
Forecasted by futurist ...ada dlm buku teks Bahasa Inggeris F1 psl ni ... Sbb kemajuan vaksin dan supplement ... Mmg boleh hidup sampai 150 thun ...
Quote anony-mous 24-3-2022 06:54 PM
Klau sihat mcm 20,30an ok la. Kalau 70-150thn bedridden baik kasi mati ja
Quote lattehazelnut 24-3-2022 06:58 PM
Ill doubt it..
Masa 90s dulu beriya 2020 kereta terbang etc..
Last2 dpt covid je..
Dgn global warming lg.. lg byk natural disaster..
Quote kakikuDibibirmu 24-3-2022 07:11 PM
Mumia fossil atokcow ijau ron97tahun tersenyum sinis dengan adrenochrome
Quote Firenzza 24-3-2022 07:31 PM
Setakat ramal......kedai no ekor dh berpuluh tahun pun blh buat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.551847 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top