Sepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah di Britain, kelmarin selepas didakwa membunuh dengan kecuaian anak perempuan mereka berusia 16 tahun dengan membiarkannya menjadi obes.
The Sun melaporkan, Kaylea Titford ditemui meninggal dunia di atas katil di rumahnya yang terletak di daerah Powys, Wales pada Oktober 2020. Bapanya, Alun Titford, 44, dan ibunya, Sarah Lloyd-Jones, 39, dituduh gagal memastikan ‘keperluan’ Kaylea dipenuhi yang membawa kepada masalah obesiti yang teruk. Selain itu, mereka juga gagal memastikan Kaylea mendapat senaman mencukupi dan berada dalam keadaan bersih.
Mangsa juga dikatakan tidak diberi bantuan perubatan yang munasabah. Pendakwa Raya Helen Tench memohon mahkamah mengekalkan jaminan bersyarat terhadap kedua-dua defendan serta tidak berhubung dengan sesiapa di bawah usia 18 tahun. Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT