CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurangkan Beban Rakyat Selangor Dengan Jual Minyak Peket RM2

23-3-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1350| Komen: 16

Kerajaan negeri akan menjual minyak peket pada harga RM2 satu unit sebagai langkah intervensi terbaru untuk membantu rakyat Selangor mengurangkan kos hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian serta Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, harga tersebut jauh lebih murah daripada pasaran ketika ini yang dijual RM2.43 seunit.


Gambar hiasan/Bernama

“Kita akan memulakan dengan sebanyak 50 kotak yang setiap kotak mengandungi 17 peket pada Program Jualan Prihatin Rakyat pada masa terdekat.

“Fokus kita untuk membantu orang ramai dengan pembelian dihadkan kepada beberapa unit bagi setiap orang. Kita tidak mahu golongan peniaga yang membeli dengan kuantiti banyak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi dan CEO Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Wisma PKPS.

Mengulas lanjut, Izham menjelaskan program intervensi ini adalah rentetan daripada penjualan keperluan harian lain sebelum ini termasuk ayam, telur ayam, daging dan ikan.

“Siri jualan program intervensi tersebut berjaya meraih hasil jualan sebanyak RM496,852. Rakyat Selangor pula telah menikmati penjimatan sebanyak RM149,619.30 memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

“Kita akan memperluaskan Program Jualan Prihatin di beberapa lokasi sekitar negeri ini terutama ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-3-2022 05:11 PM
org selangor makan minyak ke hari2 ? kalau nak bantu rakyat lagi baik kurangkan harga makanan ruji macam beras / telur / bihun etc... dah tahu hidup susah ko gigih nk makan makanan bergoreng tambah kos minyak  masak buat apa... rebus ke kukus ke etc kan boleh lg cut cost... yiihhhh...
Quote Artemesiaa 23-3-2022 05:27 PM
Bagus untuk bantu miskin bandar
Quote Mulotkoyak 23-3-2022 05:39 PM
Orix: org selangor makan minyak ke h ...
hg merebus je ke....? Xde menggoreng?
Quote kakikuDibibirmu 23-3-2022 07:55 PM
Jabatan Insolvensi tersenyum sinis
Quote lattehazelnut 23-3-2022 07:59 PM
Lebih kpd peniaga je i rasa
Quote mojarean_X 23-3-2022 08:01 PM
Dh kena ubah cara masakan. Stim2, rebus ke atau panggang
Quote rahsier 23-3-2022 10:07 PM
Lagi susah la nak dapat minyak ni
Quote sharlenetexas 23-3-2022 10:09 PM
Makan ayam rebus, pisang rebus, sayur celur.

Quote silencekiller 23-3-2022 10:49 PM
punya bodoh & lembik majoriti rakyat malaysia zaman laa ni.. KERAjaan negeri pun galakkan lagi benda2 berminyak... sama2 bodoh..

orang2 zaman dulu pandai sesuaikan dgn keadaan semasa... zaman susah buleh jaa makan cara orang susah... awat tak buleh rebus2 kaa?? dah laa miskin kaa susah kaa... gaya hidop tak buleh nak ubah sikit  langsung... ni padah bila org politaik dok manja2 sgt smbl subsidi ke hulu ke hilir...
Quote naina 23-3-2022 10:55 PM
Guna la air frayer
Quote Jitu 23-3-2022 11:10 PM
teringat pulak aku bersamamu tahun bila entah
goreng lemak ayam nak bg minyak jd banyak

Quote mr_cool5885 23-3-2022 11:25 PM
Bodohnya tindakan ini sebab takkan sampai pada golongan sasaran. Yg mendapat faedah adalah peniaga2 dapat beli minyak murah. Harga makanan tetap sama. Kualiti haprak tetap sama. Dah la peniaga indon yg ramai. Tax tak bayar. Pengotor. Sama je dgn mamak.
Otak bebal sgt ke menteri woiii gunakan la ic beli di supermarket. 1 ic 1 subsidi. Sama dgn petrol. Ni border bukak dah mangkuk2 kiasu masuk berdoyon2 isi petrol bersubsidi. Kena saman bawak laju aman2 boleh lepas border. Niamaaaa
Quote Orix 24-3-2022 01:33 AM
Mulotkoyak: hg merebus je ke....? Xde meng ...
Mulotkoyak: hg merebus je ke....? Xde meng ...


Merebus n menggoreng dua2 idok. Memanggang jah. Scramble egg pun guna non stick pan letak butter sekadar nk bg rs milky2 jah. Aglio olio guna olive oil ciput jah. Ikan salmon pun grill atas non stick pan. Minyak masak rumah iols kalo beli yg botol besar tu 6 bulan pun belum tentu habis.
Quote ghalibboy 24-3-2022 05:38 AM
naina replied at 23-3-2022 10:55 PM
Guna la air frayer

Some food tak sesedap spr goreng dgn minyak.
Memang ada jenis masakan yg jenis steam, rebus, gulai tanpa minyak dan lain2.
Tapi ada jenis masakan yg perlu minyak.
Lagipun bila minyak murah ,membantu peniaga2 makanan.
Bahan2 lain semua dah mahal, sekurang2 dapat kurang kos bila minyak murah. I baca fb group makanan, ramai mengeluh macam penat je berniaga, kos barang terutama minyak naik  jual kuih mahal , customers komplen. Jual harga biasa, tak untung
Quote ultra78 24-3-2022 06:56 AM
Ayam dan ikan memang sedap digoreng.
Quote naina 24-3-2022 07:50 AM
ghalibboy replied at 24-3-2022 05:38 AM
Some food tak sesedap spr goreng dgn minyak.
Memang ada jenis masakan yg jenis steam, rebus, gula ...

Setuju..iols pun jarang sangat guna air frayer. Pernah try goreng ikan dan roti telur. Hasilnya tak sedapp. Tak rangup dan juicy. Roti tu kejung. Ikan pun dia punya rempah tak blend together lepastu kunyit tu jadi kering kembali jadi serbuk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.484842 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top