Sejumlah pihak menggesa Ketua Majlis Hakim Mahkamah Perlembagaan, Anwar Usman supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau sudah berkahwin dengan adik perempuan Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Hal ini bagi mengelakkan timbulnya konflik berkepentingan yang boleh memberi kesan terhadap mahkamah tersebut. Pengarah Pusat Pengajian Perlembagaan di Fakulti Perundangan Universiti Andalas, Feri Amsari berkata, perkahwinan itu boleh menimbulkan masalah terhadap kredibiliti Mahkamah Perlembagaan kerana Anwar akan terlibat dalam banyak perkara berkaitan politik Jokowi.
“Contohnya, pelaksanaan Undang-Undang Ibu Kota Negara (IKN) kerana Jokowi merupakan satu daripada pihak terpenting dalam undang-undang itu. “Konflik seperti ini perlu dijauhi bagi memastikan maruah Mahkamah Perlembagaan terus terpelihara,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia. Feri juga berharap Anwar akan mengundurkan diri segera selepas berkahwin dengan Idayati. Tegas beliau, adalah penting untuk setiap mahkamah membuat keputusan yang adil tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Selain itu, peguam Victor Santoso Tandiasa juga menyuarakan pandangan sama. “Kita tidak mahu rakyat beranggapan, mentang-mentang Anwar adik ipar Jokowi, maka beliau mendapat layanan istimewa,’ ujarnya. Terdahulu, tersebar berita memaklumkan Anwar sudah berkahwin dengan Idayati dan perkara itu disahkan oleh anak Jokowi, Gibran Rakabuming Raka. Sumber: Utusan
|
Carcosa replied at 23-3-2022 11:38 PM
Oh mcm tu eh
Negara kita agak2 mcm ni tak?
Kalau menteri tu selalu lah kan. Kawin anak PM pun ada. E ...
mojarean_X replied at 23-3-2022 11:40 PM
Rileklah. Dh penggal terakhir jokow kot
anony-mous replied at 24-3-2022 04:13 AM
Klau indon, dia guna style presiden mcm US yg boleh max 2 penggal ke? Ke 4 penggal i xingat
mojarean_X replied at 24-3-2022 08:07 AM
2 penggal mcm Susilo ari tu
anony-mous replied at 24-3-2022 12:21 PM
Kenapa kita xguna sistem mcm ni? X ada la org yg sama je pegang jawatan lama bebenau mcm atok. Smp ...
mojarean_X replied at 24-3-2022 02:46 PM
Akta lompat parti pun x gubal lg. Lmbt lg nk hadkan penggal perdana menteri. Btw x de akta tu pun, ...
ADVERTISEMENT