CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Indonesia Resah Bekalan Indomie Berkurang Ekoran Perang Ukraine

23-3-2022 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3533| Komen: 40

Konflik pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan bekalan mi segera popular, Indomie di kedai-kedai di Indonesia berkurangan, lapor stesen penyiaran Al-Jazeera.


Seorang pekerja sebuah pasar mini di Indonesia, Muhammad Nasir berkata, dia dihujani dengan pertanyaan daripada pelanggan mengenai kekurangan bekalan mi segera jenama itu. 


Gambar hiasan/AFR

“Orang ramai bertanya kepada kami mengapa tiada Indomie. Kami masih mempunyai bekalan daripada jenama lain tetapi Indomie adalah yang paling terkenal dan tidak mempunyai sebarang penghantaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini.


“Kedai-kedai di seluruh bandar terjejas dengan kebanyakannya tiada bekalan,’’ kata Muhammad  Nasir.

Syarikat mi segera itu menghasilkan kira-kira 19 bilion pek setiap tahun untuk dijual di lebih 100 buah negara.

Konflik di Ukraine yang merupakan salah satu pengeksport gandum terbesar di Indonesia telah menyebabkan penghasilan mi segera berkenaan terjejas.

Ukraine mengeksport tiga juta tan gandum dan meslin (bijirin campuran gandum dan rai) ke Indonesia pada 2020, menjadikannya pembekal utama bijirin ke negara itu, demikian menurut Biro Statistik Nasional Indonesia.

Pembantu penyelidik di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Lestary J Barany berkata, sudah ada bukti bekalan gandum di Indonesia mengalami tekanan.

“Apabila Rusia menyerang Ukraine, aktiviti di pelabuhan Ukraine terhenti. Banyak gudang terletak di timur, dekat dengan kawasan yang diduduki oleh tentera Rusia. Oleh itu, gangguan ke atas bekalan adalah lebih jelas,” kata Barany kepada Al Jazeera.

Syarikat Indomie bagaimanapun dilaporkan tidak memberikan sebarang komen mengenai isu sama ada operasinya terjejas atau sebaliknya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 23-3-2022 04:25 PM
Dulu mmg kalau bandingkan antara indomie dgn mi sedaap, aku lg suka mi sedaap. Sekarang da ada maggi goreng cili kampung, jauh lg sedap dr mi sedaap.
Quote Artemesiaa 23-3-2022 05:40 PM
Eloklah cari pembekal baru kalau masih nak tunggu tah bila nak selesainya, nampak pun macam lambat je lagi nak selesai
Quote honeybee1802 23-3-2022 05:41 PM
Artemesiaa replied at 23-3-2022 05:40 PM
Eloklah cari pembekal baru kalau masih nak tunggu tah bila nak selesainya, nampak pun macam lambat j ...

Tanam gandum sendiri la...
Quote xtinkerbellx 23-3-2022 05:47 PM
Mi dia sedap. Rasa kenyal2 gitu.
Quote Friska 23-3-2022 06:02 PM
Jadi ingat masa kuliah, makan nasi sama indomie goreng bareng teman-teman saya. Murah meriah
Quote any42 23-3-2022 06:16 PM
sedap ke. xprnah rsa sbb mee segera brand lain pun jarang mkn
Quote terma2nkondisi2 23-3-2022 06:31 PM
potensi untuk terjadinya krisis bekalan makanan sedunia ekoran daripada krisis rusia-ukraine-barat adalah sangat menakutkan

harap2 hanya potensi je la... tak jadi krisis betul2
Quote anony-mous 23-3-2022 06:35 PM
terma2nkondisi2 replied at 23-3-2022 06:31 PM
potensi untuk terjadinya krisis bekalan makanan sedunia ekoran daripada krisis rusia-ukraine-barat a ...

Jd boleh stock up apa dlu buat masa ni?
Quote uori 23-3-2022 06:40 PM
boleh dah ni nak tambah stok megi kari ghisau2
Quote dua_chzy 23-3-2022 07:06 PM
terma2nkondisi2 replied at 23-3-2022 10:31 AM
potensi untuk terjadinya krisis bekalan makanan sedunia ekoran daripada krisis rusia-ukraine-barat a ...

Nah. Ready ja. Joe Bidin pun dah cakap pasal the need for new world ordar.

[youtube]KvRo1imzAYw[/youtube]
Quote Azharitubunga 23-3-2022 07:11 PM
Aku suka indomie ni..
Quote namemysoul 23-3-2022 07:23 PM
Dolu2 penah mkn, tp x sesuai ngan taste bud pokok...

@-@ rasanyer pokok mmg x berape ngam ngan mskn indonesia....cam ada bnde yg pelik ditaruk...ke haku yg pelik....hehehehe
Quote azahan 23-3-2022 07:43 PM
Dovahkiin replied at 23-3-2022 04:25 PM
Dulu mmg kalau bandingkan antara indomie dgn mi sedaap, aku lg suka mi sedaap. Sekarang da ada maggi ...

Wos kena try ni. Esok nak pg speedmart cari
Quote ninja9 23-3-2022 07:47 PM
Baru-baru aku ada makan mee segera korea, entah apa nama tak ingat pulak. ..

lepas makan aku terus teringat, berbanding dengan maggi kita, mee segera mereka berkilometer jauhnya meninggalkan kita,..

mee segera mereka dibuat dengan fikiran supaya boleh mengenyangkan, boleh menggantikan makanan utama ketika kesulitan, boleh dimakan oleh golongan miskin .. dan yang paling penting juga tak rasa kesan-kesan sampingan yang ada bila kita makan maggi iaitu rasa loya, pening, rasa lemah, sluggish, muak lebih cepat iaitu tanda2 penggunaan garam dan ajinomoto yang banyak.

manakala maggi kita tu dibuat dengan tujuan nak jual banyak, semata-mata bisnes.. agak sedap pada mulanya tetapi akhirnya rasa kenyang yang tak selesa... yang penting bisnes... cumanya bila tengok harga, mee segera korea tu lebih mahal tiga kali ganda..
Quote delia3003 23-3-2022 07:53 PM
Edited by delia3003 at 23-3-2022 07:55 PM

Tak pernah try indomie ni, cuma ada mee goreng je kan? I kurang gemar mee segera goreng. Biasa kalau nak makan dgn kuah sup, tanpa perencah, mmg akan beli mi sedap sbb noodle jenis kenyal, sedap makan dgn sup.

I kalau rasa nak makan mee segera sekali sekala, cuma beli yg maggi cup/bowl tu je, mee kenyal, sedap.
Quote wirazam 23-3-2022 07:54 PM
ninja9 replied at 23-3-2022 07:47 PM
Baru-baru aku ada makan mee segera korea, entah apa nama tak ingat pulak. ..

lepas makan aku terus ...

Jenama apa mee segera Korean tu..nak try rasalah
Quote kakikuDibibirmu 23-3-2022 07:58 PM
Mee sedaap jelas terasa sedapnya!
Quote ninja9 23-3-2022 08:04 PM
wirazam replied at 23-3-2022 07:54 PM
Jenama apa mee segera Korean tu..nak try rasalah

Lupa pulak.. sebab nama pun pelik2. kalau jumpa nanti bagi tau

Quote eLiaD 23-3-2022 08:04 PM
hv you ever tried indomee goreng version carbonara

RiP

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.065768 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top