CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1MDB: Pegawai Bank Goldman Beli Jam Pasir Bersalut Emas

23-3-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 970| Komen: 1

Seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberitahu juri bagaimana dia mengesan sejumlah wang AS$35 juta yang diambil daripada 1MDB, dilencongkan kepada seorang pegawai bank Goldman Sachs dan digunakan untuk membeli jam pasir bersalut emas yang berharga AS$20,000 dan barang kemas berlian pada harga AS$300,000.


Sean Fern memberi keterangan itu pada perbicaraan kes rasuah terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng.


Roger Ng. foto Reuters

Saksi itu memberitahu, dia dapat menjejaki dana dikatakan oleh pendakwa raya  yang diperoleh Ng sebagai  sebahagian daripada wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Ketika AS mula menyelesaikan kesnya selepas lima minggu memberi keterangan, pendakwa raya memanggil Fern untuk menerangkan bagaimana Jho Low – yang didakwa dalang kes ini memperoleh ratusan juta dolar daripada perjanjian bon 1MDB untuk membayar rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi serta sogokan kepada pegawai bank Goldman yang membantunya.

Dalam kes ini Goldman bertindak sebagai mengatur urus niaga bon.

Ng dituduh bersubahat dengan bekas majikannya, Tim Leissner dan Low dalam penipuan itu.

Leissner, yang telah mengaku bersalah dan memberi keterangan untuk kerajaan berkata, dia memperoleh lebih AS$60 juta untuk peranannya dalam plot itu dan mengarahkan Ng dibayar AS$35.1 juta daripada akaun yang dikawal oleh bekas isteri Leissner, Judy Chan.

Fern berkata, beliau menjejaki bagaimana dalam beberapa minggu selepas perjanjian bon 1MDB pertama ditutup pada Mei 2012, sekurang-kurangnya AS$24.4 juta diarahkan keluar daripada akaun Judy ke akaun luar pesisir yang dikawal oleh ibu mertua Ng, Tan Kim Chin .

Dua lagi transaksi pada 2013 bernilai AS$10.7 juta daripada akaun di bawah kawalan Judy Chan ke akaun luar pesisir yang dikawal Tan, katanya memberi keterangan.

Fern memberitahu juri bahawa sebahagian daripada wang 1MDB digunakan untuk membeli barang kemas berlian dengan nilai AS$300,500, termasuk cincin enam karat dan jam pasir bersalut emas berharga AS$20,000.

Namun, isteri Ng, Lim Hwee Bin, mahupun ibunya tidak didakwa dalam kes itu.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 23-3-2022 04:27 PM
semoga cepat masuk jel dan jd stok geli2 spesis banduan yg dia org selalu panggil Big Bubba tuh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.154746 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top