CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Lamar Murid Umur 14 Tahun, Si Isteri Mengaku Nakal Tapi Tetap Pertahan Suami

23-3-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5751| Komen: 73

Adakah perkahwinan bawah umur merupakan takdir ataupun ia sememangnya jodoh seorang kanak-kanak?

Bagaimanapun pada 22 Mac, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan tiada ketetapan dan perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur pada masa ini, namun cuba membendungnya menerusi Pelan Strategik Nasional Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.


Susulan kenyataan bertulis di Dewan Rakyat itu, remaja perempuan berusia 19 tahun 'diserang' selepas videonya berkahwin dengan seorang guru bergelar ustaz dari sekolah yang sama tular di media sosial.


Foto: Tiktok

Menerusi perkongsian video, remaja terbabit memaklumkan bahawa cikgunya itu pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan isteri ketika dia baru berusia 14 tahun.

Malah ketika itu, dia menjawab 'saya bawah umur lagi, ustaz kena tunggu sampai saya 17 tahun dulu boleh? Ustaz jumpa ibu dan ayah saya dulu'.

Difahamkan, selepas menerima pelbagai komen negatif dan kritikan daripada warganet, dia menjelaskan bahawa dia mengenali suaminya itu pada 2015.


"Saya minta maaf pada semua, saya kenal suami saya memang pada 2015 tapi masih sebagai seorang ustaz dan anak murid.

"Pada 2017 saya di tingkatan dua dan dia sendiri yang jumpa mak saya waktu mak hantar adik ke sekolah. Adik saya anak murid suami.

"Saya dulu seorang budak yang sangat nakal sampai mak saya pun tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah salah satu tujuan suami adalah untuk mengubah diri saya.

"Dia banyak ajar saya macam-macam. Memang saya tidak bertudung sebagai isteri seorang ustaz tetapi saya masih lagi dalam proses untuk perbaiki diri," jelasnya di ruangan komen video tersebut.

Remaja perempuan itu juga mengakui sudah mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah dipadam malah ruangan komen akaun media sosialnya juga ditutup.

Pendedahan yang dilakukan itu menimbulkan pelbagai reaksi dan rata-rata netizen mendakwa suami remaja tersebut adalah seorang pedofilia.

Ia berikutan seorang netizen mengandaikan bahawa perkenalan antara kedua pasangan itu berlaku seawal umur 12 tahun manakala cikgu berkenaan berjumpa ibunya untuk hasrat perkahwinan ketika dia berumur 14 tahun.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan ibunya kerana tidak mengambil apa-apa tindakan ketika seorang guru menyatakan hasrat mahu melamar anak yang masih bersekolah dan di bawah umur.

"Kalau aku mak dia, ustaz datang rumah kata berkenan dekat anak makcik dan nak tunggu lagi lima tahun untuk kahwin... mahu aku parangkan."

"Ibu bapa dia lepas tangan ke ni? 'Grooming' dari umur 12 tahun."

"Ustaz ni ternyata scammer di dunia dan akhirat."

"Kanak-kanak tidak berperilaku sepatutnya, awak ajar menerusi perkahwinan?"

"Kiranya tak elok ke perkahwinan mereka? Sebab orang dah tahu ustaz ni 'grooming' budak tu, tunggu cukup umur kahwin dengan pengetahuan keluarga. Sangat memberi contoh tidak baik kepada orang luar sana."

"Memang contoh tak baik sebab orang dewasa manipulasi kana-kanak untuk dijadikan isteri. Sebab dia tunggu budak perempuan tu dewasa dan minta restu keluarga tak bermakna cara dia approach budak itu betul. 'Child grooming' nak normalisasikan, ustaz tu pun boleh pilih yang dewasa tapi dia pilih budak untuk buat isteri."

Mengambil petikan Rozanizam Zakarian dari akaun @DrRozanizam, sexual grooming bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan seseorang (mangsa) contohnya kanak-kanak dengan membina hubungan emosi bagi tujuan mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.



Jelasnya lagi, isu mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa.

"Terdapat enam peringkat sexual grooming iaitu mendapatkan sasaran (cari mangsa yang rapuh), kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa), mengisi keperluan mangsa (beri apa yang mangsa tidak ada), mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan), perilaku seksual dan kekalkan penguasaan ke atas mangsa (ugutan atau suapan).

"Proses tersebut tidak berlaku dalam sehari dua dan ia adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 23-3-2022 03:51 PM
Budak ni pulak bangga letak kt tik tok. Kata mak die baik dgn ustaz tu
Quote mdhelmi 23-3-2022 04:08 PM
kalau tengok jalan cerita dia tu semuanya ok2 je
tak ada apa yg pelik pon
Quote prince_marhaen 23-3-2022 04:10 PM
mendapatlah kau....kekonon sweet lah tu.... walhal punya obvious setad tu pedo, budak tu underage lagi dah stim berkenan pulak...grooming pulak tu sampai legal age... within nak tunggu legal age tu...hmmm...macam-macam boleh jadi ye... cerrrotttan merata-rata lettuw...
Quote dani-rox 23-3-2022 04:22 PM
tak bole ke didik dan membimbing budak selaku ustaz/guru/org dewasa dgn hati ikhlas? padan muka dipanggil pedo
Quote epal21 23-3-2022 04:37 PM
Itu ke ostad dgn isterinya. Comot je isterinya tu ingatkan ala2 hannah delisha sebab tu booking awal. Sepadanlah dgn ostad tu. Padanlah juga sebab sibuk nak letak dlm tiktok.
Quote n3ar 23-3-2022 04:52 PM
ostad negeri mana ni?

SSKJP kow guano
Quote AnnaSendin 23-3-2022 04:58 PM
Kekonon schweet padahal so not professional, so pedo, so dungu. Iols rengsa dengan setat atau cikgu macam nieyh. Tolonglah be professional sikit. Setat pon dah gatal cikte dah kenapa? Apa yang heshe rasa tengok anak murid 14 taon ittuew?
Quote dua_chzy 23-3-2022 05:02 PM
Pro - at least ustaz ni menikah dengan cara betul. Takda la pancut dalam then lari tinggalkan budak sekolah skandal dia tu terkontang kanting sensorang. Budak tu juga mampu ada kualiti hidup yang (mungkin) lebih baik hasil dari perkongsian hidup dengan stad.

Kontra - pedonya kau stad.
Quote Orenn1 23-3-2022 05:06 PM
ustaz pedo
Quote armin 23-3-2022 05:14 PM
Dah kena groom dari umur 12 tahun memangla kau bekap ustad pedo tu
Quote musangbodoh 23-3-2022 05:14 PM
ustat usha anak org yer...x jg mata yerrrr...nakallll
Quote terma2nkondisi2 23-3-2022 05:36 PM
adakah taste ustad tu bebudak nakal?.. ala2 minat bad girl gitu

yg baik2 nerd muslimah sopan lemah lembut ustad tu tak minat, sebaliknya dia tertarik dgn bebudal nakal sangat yg sampai maknya pun tak tau nak cakap apa dah
Quote Zack8hunter 23-3-2022 05:40 PM
ustaz ni bujang ke? at least dia kawen la dgn budak tu.. tapi still pedo la
Quote kaoru44 23-3-2022 05:45 PM
Time awl2 kenal dulu..ustz umur bpe?
Ckgu llaki n ustz zmn i skolah dulu xprnh plak mgatal..
Quote Lagubestbest 23-3-2022 05:50 PM
jgn pelik la. ni macam Trump je ni..
Quote matchstick 23-3-2022 06:05 PM
Takde gmbr jelas ke ustad tu..dlm gmbr pixelated tu rupa mcm indon kerja kontrak je. Kalau ustad rupa mcm ustad Adam citer nur tu boleh tahan lagi
Quote Suchi 23-3-2022 06:19 PM
Suami aku ostaz versi real laa ni
Btw tak minatnya laki muka ala2 ostaz or mmg ustaz ni.
Potensi nak extend mesjid sangatla tinggi.
Pastu tahla jenis rupa mcm ketua aspura/penyanyi nasyid ni mmg iols tak kenan.
Quote KucaiHijau 23-3-2022 06:21 PM
Geli sungguh
Quote anony-mous 23-3-2022 06:29 PM
Baca sampai budak ni ckp dia xbertudung tp tujuan kahwin sbb nk mendidik, yes, definitely PEDO 150%.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.047722 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top