CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi View Di TikTok, Lapan Remaja Tuang Sabun Di Kolam Hiasan Ditahan Polis

23-3-2022 01:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 482| Komen: 8|Original author: Tatod

Sumber Kosmo


Tindakan sekumpulan remaja sanggup menuang cecair pencuci baju di kolam hiasan di sebuah pusat beli belah di Kluang, Johor Bahru demi meraih tontonan tinggi di TikTok telah mengundang padah.


Perbuatan khianat kumpulan remaja bermotosikal itu dikesan oleh pihak pengurusan selepas meneliti rakaman litar tertutup (CCTV).


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Low Hang Seng berkata, suspek yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang kira-kira 9.30 malam tadi (Selasa).


Low Hang Seng (Sumber Utusan)


"Kira-kira jam 4 petang semalam, pihak polis mendapati ada satu rakaman video berdurasi 55 saat dimuat baik oleh pemilik akaun Facebook, Aku Budak Kluang.


"Video tular itu jelas memaparkan tingkah laku sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan khianat terhadap harta dengan menuang dua tong cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di Kluang Parade.


"Susulan daripada penyebaran rakaman itu, pihak polis sudah mengenalpasti dan membuat tangkalan ke atas lapan lelaki yang disyaki terlibat untuk siasatan lanjut," katanya.


Kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada Ahad lalu kira-kira 5.30 pagi.



Menurut  Low lagi, hasil ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati mereka negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta.


"Diingatkan, perbuatan vandalisme atau membinasakan harta benda awam dan harta benda orang lain boleh diambil tindakan undang-undang.


"Sesiapa sahaja yang sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan. Tiada kompromi," kata Low. - CARI

Sumber: Harian Metro & Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 24-3-2022 02:45 PM
mane bideo tik tok nye?
pelaku blah lepas tuang sabun.
kecut telur la tuh..
ni lebih pada follow trend..tapi, sendiri tak berani nk record and post.
Quote rahsier 23-3-2022 10:13 PM
Ada video tak hasil dia?
Quote rahsier 23-3-2022 10:12 PM
Senang sangat terpengaruh
Quote pxlbb 23-3-2022 03:03 PM
Play stupid games win stupid prize.

Idiots di mana-mana
Quote margo20 23-3-2022 02:39 PM
Ooh ni nak tiru tiktok kt US tu tuang sabun dkt air pancut pastu berbuih buih
Quote Lentera 23-3-2022 02:24 PM
Cuba tuang sabun tu dalam mulut dia, tengok dia marah ke tak  
Quote cikatilia 23-3-2022 02:22 PM
celaka sgt la perangai tu
Quote esbok 23-3-2022 02:09 PM
apa hasil sabun tu, nak juga tengok.



Vandalisme tetap salah ya. Cuba orang pi simbah sabun kat bilik kau, sbb nak tengok bilik kau berbuih2. Karang kau kene kemas bagai, apa kerosakan pun tak tahu. Lalu kau pun ngamuk cemana nak repair. Gitu lah analogi nya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.031185 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top