CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tak Pilih Bulu, Tiada Dasar Agihan Rumah Kos Rendah Kepada Parti Politik

23-3-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 612| Komen: 3

Kerajaan menolak dakwaan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam-PH) kononnya wujud satu dasar di Johor yang memberikan rumah kos rendah kepada ahli parti-parti politik.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, dasar itu tidak pernah digunakan kerajaan.

“Saya tidak pernah mendengar pemberian rumah kos rendah berdasarkan kepada parti politik. Kalau tengok pelaksanaan kita mengagihkan rumah-rumah ini, kita tidak pernah memilih latar belakang politik, agama dan budaya.

“Tapi bagi mereka yang berkelayakan samada B40, M40 kita akan berikan mereka peluang mengikut kemampuan ataupun kesesuaian,” katanya menjawab soalan lisan Khalid di Dewan Rakyat hari ini.


Kredit foto: Utusan


Sebelum itu, Khalid  mempersoalkan dawkaan di mana kerajaan mengamalkan dasar memberikan rumah kos rendah kepada parti-parti politik bagi mendapatkan sokongan.

“Ada satu dasar yang pernah digunapakai di Johor iaitu Skim Kuota Menegak Kerajaan di mana 20 peratus daripada rumah kos rendah diagihkan melalui parti politik dan dilihat sebagai satu usaha untuk beri ganjaran kepada petugas parti politik yang sedia.

“Mereka dapat rumah kos rendah mungkin dia sendiri sudah ada rumah.

“Adakah pihak kerajaan sanggup beri jaminan bahawa salah guna kuasa seperti ini dimana agihan rumah kos rendah diberikan melalui parti politik ditamatkan dengan cara yang tuntas,” soalnya.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Khalid mendakwa Ismail tidak tahu mengenai aktiviti berkenaan.

“Saya berterima kasih atas jawapan dan saya akui mungkin timbalan menteri tidak tahu kerana benda ini baharu tetapi dalam PRN Johor skim ini telah dijanjikan calon Menteri Besar yang akhirnya tak jadi Menteri Besar.

“Kalau Barisan Nasional menang maka skim ini akan dikembalikan kerana kerajaan PH Johor sebelum ini telah tamatkan tetapi ia merupakan satu amalan biasa malahan di Wilayah Persekutuan dahulu pun pernah ada kes di mana ketua cawangan UMNO ada rumah kos rendah sedangkan dia ada rumah lain.

“Saya minta kerajaan berikan jaminan bahawa dasar yang songsang seperti ini tidak akan dilaksanakan dan tidak akan disokong,” kata Khalid lagi.

Mengulas mengenai itu, Ismail berkata, kerajaan tidak memilih bulu dalam aktiviti memberi rumah kos rendah kepada rakyat.

“Kita pasti tidak ada dasar seperti ini, sebab itu saya beritahu bahawa KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) menyediakan perumahan untuk golongan B40 mahu pun M40 tidak berasaskan kepada parti politik,” jawab Ismail lagi. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 23-3-2022 11:09 PM
Eh ye ke?? Bullshit ea dah mmg betul pun bagi kat geng2 umno, depa yang sauk dulu. Buktinya sedare mare i 5 org dpt beli rumah kos rendah harga 80k tu
Quote ~boolean 24-3-2022 12:23 AM
Aku percaya ja kes macam ni..selangor ni pun rumah kos rendah dapat kat orang dalam dulu, lagi2 yang ada connection dengan gomen...

Tapi khalid pun sembang kari tanpa bawa bukti memang senanglah hujah kena patah..lenkali bawa lah bukti sekali..
Quote kluangman 24-3-2022 10:43 AM
vee_zara replied at 23-3-2022 11:09 PM
Eh ye ke?? Bullshit ea dah mmg betul pun bagi kat geng2 umno, depa yang sauk dulu. Buktinya sedare m ...

1 orang dapat 5 unit atau 5 orang dapat 5 unit?
Kalau 1 orang ada 5 unit susah la. Sekejap je SPRM datang.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.047528 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top