Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas dipercayai merogol anak perempuannya berusia 8 tahun hingga mati pada 18 Mac lalu di Semarang, Jawa Tengah.
Menurut laporan TribunNews, suspek, Widiyanto, 41, ditahan polis selepas didapati wujud kecederaan pada kemaluan dan dubur mangsa. Suspek turut mengaku melakukan perbuatan itu akibat tidak dapat menahan nafsu setelah sering menonton video lucah, lapor Kumparan News.
Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang tinggal bersama ibu kandung diminta untuk pergi ke rumah suspek yang juga bapa kandungnya di daerah Tlogosari, Pedurungan. Difahamkan, suspek dan ibu mangsa sudah bercerai lima tahun lalu, namun mangsa dan suspek kerap bertemu. "Suspek merupakan bapa kandung mangsa. Yang melaporkan kejadian ialah ibu kandung mangsa atau bekas isteri suspek," kata polis. Ketika berada di rumah suspek, mangsa yang ketika itu tidak sihat diberikan ubat lalu tertidur. Saat mangsa terbaring di sisinya, suspek mula melakukan tindakan tidak sewajarnya kepada anak kandungnya itu. Difahamkan mangsa yang tidak bermaya cuba menolak namun tidak mampu melawan. Akibat tindakan suspek, mangsa dilapor mengalami sawan. Melihat keadaan mangsa, suspek bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital. Namun, menurut polis mangsa ketika itu telah pun meninggal dunia dan mayatnya kemudian dikebumikan pada Sabtu, 19 Mac lalu. Ibu mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis susulan keterangan terdapat luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa. Bertindak daripada laporan itu, polis memutuskan untuk membongkar semula dan mengautopsi mayat mangsa pada hari sama. "Dalam surat keterangan doktor, ada kematian kurang wajar dengan tanda kekerasan di kemaluan dan dubur. "Dari situ, kita buat laporan polis, sementara keadaan mangsa sudah dimaklumkan," kata polis. Bapa kandung mangsa ditahan selepas polis mendapati ada bukti bahawa kematian kanak-kanak itu diakibatkan oleh kekerasan seksual. Suspek mengakui segala perbuatan kejinya. Malah, menurutnya, dia sudah tiga kali memperkosa mangsa kerana ketagihan menonton filem lucah. "Terpengaruh video lucah. Sudah tiga kali (memperkosa korban). "Pertama dua minggu lalu, seminggu, selepas kejadian. Ya, ada pemaksaan, mangsa menolak, saya paksa," kata suspek. Suspek akan dituduh di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun. Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek bakal dikenakan hukuman tambahan. Sumber: AWANI |
3chanceno replied at 23-3-2022 01:51 PM
Kesian budak nie, yang dia kena rogol pertama kali tu, tak rasa sakit ke atau ngadu dgn ibunya:d ...
ADVERTISEMENT