CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Sekeluarga Termasuk Maid Maut Direnjat Elektrik Ketika Mandikan Bayi

23-3-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4518| Komen: 57

Satu keluarga termasuk pembantu rumah maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur kelmarin.


Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.

Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.


Orang ramai berkumpul di luar rumah sekeluarga yang maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di Jakarta Timur, Indonesia. - AGENSI


“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.

“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.

“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.

Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.

Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.

Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian  mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 23-3-2022 11:48 AM
aku lg sggup masak air klu nk mndi air suam
Quote shernazz 23-3-2022 11:53 AM
Kesiannya..
Semua.sekali.pergi

.
Quote naina 23-3-2022 11:56 AM
Material apa dia guna ehh..seramlah
Aku ada jugak brand toshiba tu
Tapi semua area plastik
Cmne boleh ada aliran letrik tu
Quote batmana 23-3-2022 11:56 AM
Patut isi dlm bekas air dulu...bru mandikan..tkknla mandikan bayi smpai pakai byk air
Quote mamajawie 23-3-2022 12:02 PM
Hmm..masak air guna cerek je la pasni .takut nk guna water heater
Quote CiliPadiSedap 23-3-2022 12:39 PM
masing2 check water heater kt rumah tekan test ( elcb ).. kalau alat air panas tu xtrip? jangan guna. panggil wiring yang bertauliah check.

lepas tu kalau elektrik mati trip, tekan reset semula.
Quote myakayina 23-3-2022 12:40 PM
kesiannya.. mandikan baby guna air panas yg dimasak kt dapur jela..
Quote Suchi 23-3-2022 12:43 PM
Berita camni lagi, mmg taklah nak guna WH ni. Iols g hotel pun mandi guna shower biasa je.
Balik kg ada gak WH ni tapi tak guna bilik air yg ada WH, rela guna bilik mandi lama yg ada kolah. Mandi air kolah pun takpelaa
Quote krustykrab 23-3-2022 12:46 PM
myakayina replied at 23-3-2022 12:40 PM
kesiannya.. mandikan baby guna air panas yg dimasak kt dapur jela..

Org zaman skrg ni pemalas, semua nk senang je. Nk minum air panas pun sampai kna beli mesin air beribu2 rege.
Quote Artemesiaa 23-3-2022 12:50 PM
Pemanas air ni kalau dah nak 10 tahun eloklah tukar baru, takut ada bahagian yang mula nak rosak senang berlakunya litar pintas.
Quote JunkMail 23-3-2022 01:27 PM
krustykrab replied at 23-3-2022 12:46 PM
Org zaman skrg ni pemalas, semua nk senang je. Nk minum air panas pun sampai kna beli mesin air be ...

Nak minumnya secawan je sehari buat kupi pagi2.. tapi mesin on standby air panas 24/7.. bila bila api mencanak kang meroyan... Apoooooo

Tibeh sentap
Quote krustykrab 23-3-2022 01:36 PM
JunkMail replied at 23-3-2022 01:27 PM
Nak minumnya secawan je sehari buat kupi pagi2.. tapi mesin on standby air panas 24/7.. bila bila  ...

Bila org nasihat suruh humban je mesin tu ke laut, byk nawwww alasannya..seolah2 waktu lahir ke dunia dulu makpak mmg dah ada mesin tu utk bancuh susu dia
Quote mejaputih 23-3-2022 02:02 PM
CiliPadiSedap replied at 23-3-2022 12:39 PM
masing2 check water heater kt rumah tekan test ( elcb ).. kalau alat air panas tu xtrip? jangan guna ...

lama tak nmpk nick chuols...
Quote raxief 23-3-2022 02:10 PM
naina replied at 23-3-2022 11:56 AM
Material apa dia guna ehh..seramlah
Aku ada jugak brand toshiba tu
Tapi semua area plastik

rasanya ni water heater jenis lama, mmg ada komponen besi
Quote naina 23-3-2022 02:23 PM
krustykrab replied at 23-3-2022 12:46 PM
Org zaman skrg ni pemalas, semua nk senang je. Nk minum air panas pun sampai kna beli mesin air be ...

Nak minum air sejuk panas pun sampai kena berhutang. Heran aku. Korang tau tak ada je mesin air filter bayar cash tak sampai rm1k pun. Cari je brand Hijazi atau doktor apa tah lupaaa. Aku pakai Hijazi..siap pasang rm900. Ada panas sejuk dan normal. Service Dorang datang tapi bayar la tengok pakej filter yang kita mampu. Tak pun service sendiri jer..
Quote Virus_77 23-3-2022 02:57 PM
kesiannya..aku sampai sekarang lebih sanggup masak air panas daripada pasang menatang nih. seram oii tak pasal2 terkorban 1 family
Quote Virus_77 23-3-2022 02:57 PM
kesiannya..aku sampai sekarang lebih sanggup masak air panas daripada pasang menatang nih. seram oii tak pasal2 terkorban 1 family
Quote krustykrab 23-3-2022 03:13 PM
naina replied at 23-3-2022 02:23 PM
Nak minum air sejuk panas pun sampai kena berhutang. Heran aku. Korang tau tak ada je mesin air fi ...

Rmh aku pakai filter panasonic yg kat sink tu je..nak minum, masak ler
Blum oku lagi sampai nk pakai mesin air
Quote CiliPadiSedap 23-3-2022 03:18 PM
mejaputih replied at 23-3-2022 02:02 PM
lama tak nmpk nick chuols...

cari keyword  bibik friska, vokuru or hantu kopek akan nampak

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.117060 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top