CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurus Kering, Luka Bedsore Sampai Nampak Tulang Punggung- 10 Bulan Koma Angkara Suami, Jahidah Menderita!

16-3-2022 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3716| Komen: 33

Seremban: Menyayat hati. Itu perkataan sesuai menggambarkan keadaan terkini wanita koma dibelasah suami, Jahidah Nordin, 43, selepas dikeluarkan daripada wad hospital Jumaat lalu.


Selepas kira-kira sebulan dimasukkan ke wad tanpa berjumpa ahli keluarga, keadaan Jahidah amat kurus serta luka 'bedsore' pada bahagian pinggulnya kian serius hingga menampakkan tulang punggung.

Fauziah Nordih, 40, adik kepada Jahidah berkata, dia tidak dapat mengenali kakaknya itu kerana jauh berubah, malah terpaksa membaca nama pada katil ketika mahu membawa pulang wanita itu dari wad.


Foto: Harian Metro

"Saya terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sangat kurus. Kakinya dipenuhi kudis dan saya juga mendapati 'bedsore' yang sebelum ini sudah pulih kini sangat teruk.


"Selepas dibawa balik, saya mengelap badannya dan terpaksa menukar air beberapa kali berikutan dakinya yang tebal," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Sri Sendayan, di sini, tadi.

Ulas Fauziah, beberapa hari selepas pulang ke rumah, air kencing Jahidah sangat sedikit dan selepas diberikan susu mengikut rutin, barulah air kencing kakaknya kembali kepada keadaan sebelum ini.

"Sebelum ini kakak juga pernah dimasukkan ke wad bersalin di hospital sama, namun keadaannya jauh beza daripada sekarang.

"Saya mempersoalkan tindakan dan cara penjagaan kakak, namun doktor memaklumkan kakitangan tidak cukup dan ramai pesakit. Kami pula tidak dibenarkan melawat kakak atas alasan Covid-19.

"Saya tidak sanggup untuk melihat keadaan kakak sebegini. Saya serik untuk menghantarnya ke hospital lagi, namun dalam masa sama bimbang sekiranya keadaan kakak tidak stabil," katanya.

Harian Metro pada 24 Februari lalu melaporkan Jahidah yang masih koma disahkan positif Covid-19 ketika dirawat berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad hospital sama sebelum ini.

Terdahulu, Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu.

Harian Metro pada Mei lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke hospital di Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu.

Fauziah berkata, keluarganya kini menampung perbelanjaan kira-kira RM5,000 sebulan untuk tujuan rawatan Jahidah seperti susu, lampin pakai buang, tiub minuman, tiub urin, kos upah jururawat bebas bagi merawat bedsore dan kos upah pembantu ketika dia mempunyai urusan luar.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan perubatan Jahidah boleh menyumbang melalui akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 16-3-2022 11:27 AM
Ingat kes ni, anak jahidah dah umur berapa la. Laki tu tak kena dakwa ke? Sukahati belasah orang sampai kritikal. Pengecut dayus semoga mampus dilanggar lori taik
Quote hareeeesah 16-3-2022 11:32 AM
Kesiannya.. condition mcm ni mmg sgt perlukan org jaga dgn betul. Nasib baik masih ada keluarga yg jaga.
Quote Fly_over 16-3-2022 11:36 AM
jantan dayus tu jadi apa sekarang?
Quote Fly_over 16-3-2022 11:39 AM
kesiannya.. dia jadi macam tu sbb hospital kurang kaki tangan.. teruk sgt tu. makin teruk keadaan lepas masuk hospital. dah mcm jd gelandagan dlm hospital.
Quote shi_jewel 16-3-2022 11:44 AM
boleh complaint. kenapa semakin teruk sebelum masuk. boleh letak bukti sebelum dan selepas.

kesian...semoga tabah dan cepat sembuh...

iol tak nak doakan laki dia cepat mampus, sebab tak adil...iol nak doakan semoga laki setan tu lumpuh seumur hidup dibelasah oleh gangster. ko rasakan apa yg bini ko hadap masa ni. baru ko ingat tuhan kot lepas tu.
Quote tumpanglalu74 16-3-2022 12:01 PM
Bukan hakim bangang tu kasi iblis ney bail ke?
Quote nariz 16-3-2022 12:26 PM
Sian sgt, moga adik dan waris tabah menjaga kakak yg sakit
Quote azimodin 16-3-2022 02:25 PM
Bukan nak support hospital tapi mmg susah jaga orang terlantar. Mak aku 5tahun jaga nenek terlantar. Bila dah ada bedsore, mmg mudah melarat. Pakcik2 aku mengamuk cakap mak aku x pandai jaga, padahal anak2 lain langsung x membantu. Suruh datang jenguk pon haram. Ada sorang pakcik aku ni ambik nenek konon bini dia boleh jaga, lepas seminggu pulang balik sebab bini dia xlarat. Kejadah
Quote Drmu 16-3-2022 02:29 PM
Ksiannya kaka jahidah.. mge diprmudahkan urusan mnjaganya
Quote Artemesiaa 16-3-2022 02:31 PM
Moga keluarga tabah dengan ujian dan tak luntur semangat untuk terus bantu
Quote petpom 16-3-2022 03:09 PM
shi_jewel replied at 16-3-2022 11:44 AM
boleh complaint. kenapa semakin teruk sebelum masuk. boleh letak bukti sebelum dan selepas.

kesian. ...

Kalau complain pun x jadi apa..
Quote petpom 16-3-2022 03:11 PM
azimodin replied at 16-3-2022 02:25 PM
Bukan nak support hospital tapi mmg susah jaga orang terlantar. Mak aku 5tahun jaga nenek terlantar. ...

Betul.. setuju sgt2.. sbb patient tak dapat nak angkat badan sendiri... bila nak tukar pampers.. mmg kena ada kudrat yang banyak nak mengiringkan posisi badan patient..
Quote petpom 16-3-2022 03:12 PM
Tadi saya contact adik dia.. dia ckp ada dpt bantuan baitulmal utk beli susu.. dia guna nutrien optimum.. kang next week saya g lawat dorg...
Quote haruslah 16-3-2022 03:13 PM
Mmg susah nak jaga bed ridden ni
Tp xkan masuk hosp jadi lg teruk dr kat rumah
Biar la waris masuk at least 1x sehari utk 'kemas' kan pesakit. Kalau dah kata staf x cukup
Kesian, dah sakit bertambah sakit
Yg kat rumah jugak tpaksa menanggung
Quote lurve82 16-3-2022 03:16 PM
sbb tu mana yg mampu pegi la swasta..pegi kerajaan klu swasta tu tolak...kesian tgk dia ni..nk ngadu ke nk panggil ke dh xblh...
Quote Suchi 16-3-2022 03:22 PM
petpom replied at 16-3-2022 03:12 PM
Tadi saya contact adik dia.. dia ckp ada dpt bantuan baitulmal utk beli susu.. dia guna nutrien opti ...

Kat fb harian metro kot ada yg bagi tips ubat apa tah dia guna utk rawat bedsore ni katanya bagus tp kos ubat2 cuci bagai ni tak murahla.
Adik iols pun ada masalah ni gak masa dia terlantar dulu berlubang dlm punggung tu leh nampak tulang.Dia tak rasa apa2 sakit sbb saraf situ dah tak ok.
Dia lumpuh dr pinggang ke kaki sbb sifina bifida.Kena selalu balik2 kan badan dorang utk elakkan masalah tu.
Tubuh kita ni tak boleh baring je tak beralih2.
Quote Prickford 16-3-2022 03:24 PM
Semoga apa yg berlaku kepada Jahidah berbalik semula kepada suaminya yg dayus iteww..
Quote azimodin 16-3-2022 03:26 PM
Prickford replied at 16-3-2022 03:24 PM
Semoga apa yg berlaku kepada Jahidah berbalik semula kepada suaminya yg dayus iteww..

Ha betul.. harap2 lunyai jantan tu dikerjakan. Jenis macam tu jangan bagi mati crpat sangat. Seksa dia perlahan-lahan sampai dia rasa nak cabut nyawa sendiri
Quote dewi_rina 16-3-2022 03:55 PM
ternampak muka baby tu sipi-sipi haritu, betu2 ikut muka bapak dia yang dayus tu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.118851 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top