CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bikin Kecoh Je, Sah Tiada DNA Babi Pada Gegelang Sotong

16-3-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1062| Komen: 3

Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial.


Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia Malaysia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu.


Foto: Google

"Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

"Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai ," katanya dalam kenyataan di sini.


Alexander berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan tular di media sosial seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis.

"Bertindak atas aduan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bharu.

"Hasil pemeriksaan dan siasatan, KPDNHEP menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat dinasihatkan supaya membuat aduan mengikut saluran yang betul berserta maklumat lengkap kepada pihak bertanggungjawab termasuk KPDNHEP melalui saluran aduan seperti WhatsApp 019-279 4317,portal aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my,call centre 1-800-886-800,emel [email protected],Ez ADU KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8882 6088/6245. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-3-2022 11:15 AM
Padan muka. Gigih tabur fitnah kt babi lg. Yg tukang forward fitnah pn share saham.
Quote CARI-MRO 16-3-2022 11:49 AM
"Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

"Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai ," katanya dalam kenyataan di sini.
Quote kakikuDibibirmu 16-3-2022 01:47 PM
Cadbury tersenyum sinis

48_3000_0.jpg

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088086 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top