Jakarta– Sepasang suami isteri dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur menjadi tular apabila menamakan empat anak mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja, lapor laman Berita Jatim.
Sukari dan Wahyuningsih memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). Menurut Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka. “Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta. Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga. “Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat. “Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. –CARI Sumber: Kosmo
|
AnBulisia replied at 16-3-2022 11:55 AM
teringat member aku namanya Hai
ada satu peristiwa
intro nama
AnBulisia replied at 16-3-2022 11:55 AM
teringat member aku namanya Hai
ada satu peristiwa
intro nama
nurul_akmar replied at 16-3-2022 10:34 AM
bunyi tu mcm sama je kat msia ni.. cuma dorg ringkaskan lg.. senang nk tulis, nk igt...
Vie = V,
jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
nurul_akmar replied at 16-3-2022 10:34 AM
bunyi tu mcm sama je kat msia ni.. cuma dorg ringkaskan lg.. senang nk tulis, nk igt...
Vie = V,
ADVERTISEMENT