CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Belakang Lori, Wanita Tercampak Keluar Kereta Sebelum Maut Digilis Myvi

15-3-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4235| Komen: 44

Temerloh – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 124, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini semalam.


Dalam kejadian berkenaan mangsa, Adzlin Zarina Mohd. Rosmizal,23, mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kereta sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jerantut.

Foto: Kosmo


“Apabila tiba di tempat kejadian kereta jenis Toyota Jazz berkenaan telah melanggar bahagian kanan belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan serta berpusing dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kejadian, pemandu dan penumpang kereta tercampak keluar daripada kenderaan dan pada masa sama sebuah kereta jenis Perodua MyVi melanggar penumpang yang tercampak di lorong kiri jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penumpang kereta yang tercampak meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta pula cedera di bahagian kepala dan paha.

Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 15-3-2022 05:26 PM
toyota Jazz
Quote Artemesiaa 15-3-2022 05:39 PM
Mesti tak pakai tali keledar sampai jadi macam tu
Quote domestobot 15-3-2022 05:41 PM
biar tak pakai seat belt asalkan rasa tak selesa pakai seat belt tu takde. biar la tercampak keluar sampai mati pun, daripada kena rasa terseksa tak selesa pakai seat belt
Quote Friska 15-3-2022 06:10 PM
Aduh ngerinya, ndak pakai sabuk pengaman ini. Saya udah beli newborn car seat merek BeSafe iZi buat baby saya.
Quote helle 15-3-2022 06:19 PM
Tak pakai seat belt...selayaknya lah
Quote syamzana 15-3-2022 06:20 PM
toyota jazz
tak pakai seatbelt, mendapat larr.  ingt belt tu dibuat utk hiasan ke?
Quote imanjannah 15-3-2022 06:23 PM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote imransulaiman 15-3-2022 06:30 PM
Penting seatbelt helmet semua tu..biarpun keluar ke pasar je. Apatah lagi jalan jauh...

Na'uzubillah..
Quote Nenolen 15-3-2022 08:27 PM
Innalillah...
Quote stania83 15-3-2022 08:32 PM
pukul 1 pagi tuu..banyak pulak kereta sampai sempat tergilis..mmg dah ajal
Quote cmf_premierleag 15-3-2022 08:32 PM
kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Jazz dipandu

Apabila tiba di tempat kejadian kereta jenis Toyota Jazz berkenaan telah melanggar bahagian kanan belakang sebuah

sekejap Honda Jazz .sekejap Toyota Jazz ....aap ke mabuk ketum reporter ni
Quote Firenzza 15-3-2022 08:46 PM
cmf_premierleag replied at 15-3-2022 08:32 PM
kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Hond ...

Sib baik x tulis proton jazz
Quote benharungkar 15-3-2022 09:26 PM
Salam takziah dan al-fatihah...kesian anaknya tak sampai 2 bulan dah kehilangan ibu.
Quote emera 15-3-2022 09:28 PM
Tak pakai seat belt ke? Kalau tak pakai, keta dia tak memekak ke suruh pakai?
Quote Mini.Me 15-3-2022 09:37 PM
benharungkar: Salam takziah dan al-fatihah.. ...


Oo baby dia pon ade sekali ke? Baby mcm mane?
Quote Zeatyisaac 15-3-2022 10:40 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. Al-Fatihah
Quote shernazz 16-3-2022 12:51 AM
Ayoyo
Kasiannya
Honda jazz melanggar toyota jazz lalu perodua myvi  melanggar
Quote minahmanja 16-3-2022 12:53 AM
benharungkar replied at 15-3-2022 09:26 PM
Salam takziah dan al-fatihah...kesian anaknya tak sampai 2 bulan dah kehilangan ibu.

Asben & wife ke accident tu u?
Quote kam3n 16-3-2022 01:11 AM
emera replied at 15-3-2022 09:28 PM
Tak pakai seat belt ke? Kalau tak pakai, keta dia tak memekak ke suruh pakai?

Ramai yang tak pakai ni jenis pasang seat belt ikut belakang (kira duduk atas seat belt lah). Untuk kes ni tak pasti lah macam mana.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068816 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top