CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mohon Orang Awam Bagi Bukti Bergambar, Video Kes Kematian Adib

15-3-2022 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1291| Komen: 9

Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, hari ini memutuskan untuk mendapatkan kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau bukti bergambar serta video kejadian.


Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kali kedua selepas kerajaan pada hari ini menerima Laporan Interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berkata, selain itu mereka yang tidak berpeluang tampil ke depan untuk memberi maklumat bolehlah menghubungi sektretariat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.


Kredit foto: CNA


"Sekretariat di Bahagian Undang-Undang untuk dihubungi adalah Yusof Ali di talian 03-88851920 atau e-mel [email protected] dan Sanjeetha Nair di 03-88851209 atau e-mel [email protected].

"Penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan ini sudah dipersetujui pada 8 Disember 2021 dan mesyuarat pertama diadakan pada 21 Disember 2021.

"Jawatankuasa Khas Siasatan sudah bersetuju dengan penubuhan suatu Jawatankuasa Khas Teknikal yang dapat membantu dalam proses 'fact finding'.

"Laporan Akhir akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa enam bulan dari tarikh penubuhannya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hari ini, beliau sudah mendengar pembentangan Laporan Interim yang juga adalah laporan kemajuan daripada ahli Jawatankuasa Khas Teknikal.

Beliau berkata, Laporan Interim itu sudah disiapkan dalam tempoh ditetapkan iaitu tiga bulan dari tarikh ditubuhkan dan dibentangkan pada hari ini.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Teknikal terdiri daripada Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Kamardin Hashim; Profesor Madya Pakar Perunding Patologi Forensik Kanan Royal College of Surgeons Ireland and University College Dublin Malaysia Campus (RUMC), Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh; Profesor Ulung Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Pakar Perunding Patologi Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Datuk Dr Looi Lai Meng.

Katanya, selain itu Pakar Kriminologis Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Profesor Madya Kehormat Datuk Dr Sundramoorthy M Pathmanathan.

"Jawatankuasa ini turut dianggotai wakil dari Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Laporan Interim ini dibentangkan Dr Sundramoorthy selaku Setiausaha Jawatankuasa Khas Teknikal berdasarkan maklumat sedia ada serta tindakan sudah diambil ahli Jawatankuasa Teknikal dalam mendapatkan fakta lanjut berkaitan kes ini," katanya.

Wan Junaidi berkata, proses 'fact finding' dilaksanakan secara intensif sejak Januari lalu dengan kerjasama pihak PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, proses itu penting bagi memastikan laporan yang dihasilkan dapat diterjemahkan dengan telus, adil dan saksama," katanya.

Muhammad Adib cedera akibat rusuhan ketika kekecohan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam 17 Disember 2018.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugz 15-3-2022 11:24 PM
pls get this over n done pls. die kene pukul fullstop. cukup2 la nak twist cerita kalah cerita drama tamil.
Quote mojarean_X 15-3-2022 11:27 PM
Mohon pentaksub Tangmo membantu kes Adib juga
Quote tripleid 16-3-2022 12:44 PM
kalo ada video dah lama susupek kena tangkap,tp masalahnya takde so smpai skrg la tak tahu samada mmg betul kena pukul atau setakat kena langgar van mcm hasil siasatan pakar forensik hkl tuh
Quote Orix 16-3-2022 12:49 PM
Lahhhh.... ingatkan dh ganti peguam negara baru, PAS ameno dh jd kerajaan kes boleh selesai.... sama jelah yekkk
Quote kakikuDibibirmu 16-3-2022 02:23 PM
Lepas tu ketua polis negara cakap imej kabur
Quote Dinfgcoln 17-3-2022 02:48 AM
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar who is known as the Chairman of the Special Committee to find the Death of the late Muhammad Adib Mohd Kassim stated that except from that, those who did not have the chance to come forward to give details can contact the secretariat at Legal Affairs Division. Read more about educational tasks from https://writemyessays.info/prices/ now.
Quote sharlenetexas 17-3-2022 02:59 AM
mojarean_X replied at 15-3-2022 11:27 PM
Mohon pentaksub Tangmo membantu kes Adib juga

Kat tepi sungai tu ada cctv. Tu yg pihak berkuasa kantoi. Lepas tu ada yg request imej google street view pada masa kejadian.

Quote dua_chzy 17-3-2022 03:16 AM
Dah berapa tahun Adib mati baru nak mintak orang awam bekerjasama bagi hapa2 bukti?

Poodah cit
Quote n3ar 17-3-2022 08:17 AM
Lembab..dulu ada pemuda India yg jd saksi kan, lepas tu tarik balik.. Aku rasa dapat tekanan dari pihak berkenaan yg kt atas & kaum2 yinnadei jugak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074451 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top