CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masuk TV Untuk Beri Teguran Kepada Kak Long 7E, Alhijrah Tangguh Siaran

15-3-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2339| Komen: 23

Stesen televisyen tempatan, TV Alhijrah menangguhkan penyiaran episod Program Trending yang melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E.

Stesen televisyen itu dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan keputusan penangguhan tersebut dibuat selepas mengambil kira kegelisahan orang ramai.




“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.


“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” kata kenyataan tersebut.



Sebelum ini tindakan pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi foto kehadiran Kak Long 7E di studio bagi rakaman program itu di Facebook mendapat kritikan dan komen negatif netizen.

Kebanyakan mereka tidak bersetuju Kak Long 7E dijemput sebagai tetamu kerana mendakwa sikap wanita yang ditunjukkan melalui video tular tidak menggambarkan akhlak baik kerana memarahi pekerja kedai serbaneka dan restoran makanan segera.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 15-3-2022 04:53 PM
Penerbit spesis bodo tahap gaban
Quote anony-mous 15-3-2022 05:02 PM
Boikot TV al hijrah!!!! Kalau mcm ni baik kita ikut pesen kaklong. Untung2 viral byk job siap masuk tv free!!!
Quote kasibiman 15-3-2022 05:04 PM
berjota marhein yang ni jugak dia UPkan. mmg padan muka kene hencap dgn bawang rangers
Quote LoveSungmin 15-3-2022 05:05 PM
thread dah ada la
Quote dua_chzy 15-3-2022 05:08 PM
Sejak bila Al Hijrah jadik begini?
Quote Artemesiaa 15-3-2022 05:19 PM
Buat kerja tampa fikir panjang buruk baiknya macam tu ler hasilnya
Quote gekkou 15-3-2022 05:27 PM
viral benda bodoh kot
tv islam suci murni nak panggil bayar dia
macam dah tak ada tokoh lebih baik nk jadikan panduan
setakat nk nasihat tak perlu kau panggil masuk TV dan bayar
hujung2 dia akan cakap 'saya insaf'
tapi perangai tetap sama
Quote sharlenetexas 15-3-2022 05:42 PM
Iols suka tv alhijrah masa mula2 beroperasi. Ada tayang Backyard Medicine, James Wong jadi hos. Video harun yahya sebelum heols kena tangkap. Ada banyak lagi rancangan dari timur tengah. Muzik pun best.
Sekarang ni rasa hmmmm.....



Quote Belibis 15-3-2022 08:14 PM
dua_chzy: Sejak bila Al Hijrah jadik beg ...

Mungkin sudah hijrah ke arah semakin hauk.
Quote kakigebang 15-3-2022 08:45 PM
bodola penerbit alhijrah.. tu je aku nak
Quote terma2nkondisi2 15-3-2022 08:56 PM
dua_chzy replied at 15-3-2022 05:08 PM
Sejak bila Al Hijrah jadik begini?

mungkin jumlah tontonan amat menyedihkan

terpaksa buat cara mcm ni utk bersaing dgn budak2 di medsos yg jadi content creators; yutiuber, instafemes, tiktoker
Quote Nnasda53 16-3-2022 10:23 AM
Tak perlu tangguh batalkan terus.
Quote supernaturalee 16-3-2022 10:28 AM
put in youtube
sape nk tgk, tengok
sape xnk xyh view

but better not


Quote krustykrab 16-3-2022 10:31 AM
Elok delete je rakaman tu dan jgn sesekali siarkan. Jgn sampai AL HIJRAH tukar jadi AL JAHILIAH.
Quote krustykrab 16-3-2022 10:36 AM
Tv alhijrah patut bawak staf kepci & 7e yg kna maki tu utk diinterview bukan bawak org yg maki hamun diorg ke kaca tv.
Mesti samseng 7e ni dgn mak dia, anak dia laki dia tgh tendang2 brg kt rumah sambil menjerit2 tak puas hati skrg ni.
Quote mizruncing 16-3-2022 12:59 PM
padan muka. hadap sgt rating. asal tak panggil kak km je
Quote renko 16-3-2022 01:00 PM
Alhijrah dah boleh tuka jadi aljadah
Quote bottombikini 16-3-2022 01:06 PM
krustykrab replied at 16-3-2022 10:31 AM
Elok delete je rakaman tu dan jgn sesekali siarkan. Jgn sampai AL HIJRAH tukar jadi AL JAHILIAH.

ye elok tuko nama je skrg


tv3suku ada melodi
astrok ada meletop

aljahiliah pun nak jugekkk..meledak


Quote Adrif 16-3-2022 09:01 PM
dah tau orang kecam dia, lagi la ko jemput. banyak lagi manusia kat luar sana yang jauh lebih layak untuk dijemput masuk tv, yang orang nak tengok, ni ko kejar manusia viral buat ape. bodoh

sekali lagi, ditekankan suara, BODOH

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050645 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top