CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tak Nak Belajar, Tak Mahu Tinggal Di Asrama- Punca Remaja Bakar Madrasah

15-3-2022 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1399| Komen: 19

Marang: Tidak mahu belajar dan tinggal di asrama sebuah madrasah di sini, dipercayai menjadi punca seorang remaja membakar dua blok asrama berkenaan pada Selasa lalu.


Berikutan itu, remaja terbabit ditahan sepasukan anggota polis pada malam tadi susulan daripada laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pengurusan madrasah berkenaan.

Menurut sumber, suspek berusia 13 tahun dari Kampung Kebor Besar, Manir di Kuala Terengganu itu ditahan di hadapan madrasah berkenaan di Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai di sini, pada 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.


Foto: Harian Metro


Menurutnya, polis turut merampas keratan kertas bergaris biru bertulis 'kaliu masi ada lagi Shahril disini saya akan Bakar lagi Sekolah al-HuDu', satu pemetik api dan satu tong plastik putih mengandungi cecair disyaki petrol dipercayai digunakan suspek ketika melakukan perbuatan itu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku membakar bangunan berkenaan dengan alasan kerana tidak mahu lagi belajar di madrasah serta tidak mahu tinggal di asrama.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar mengesahkan penahanan remaja terbabit.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan khianat dengan api," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 15-3-2022 04:07 PM
Madrasah utk repair budak nakal ka
Quote saviour_09 15-3-2022 04:07 PM
budak ni memang problem dari  luar lagi kot

gila apooo kecik2 dah bakar sekolah
Quote kakakko 15-3-2022 04:18 PM
Negatif dadah.. So ada masalah berkaitan mental kah? Apalah sebabnya tak suka sangat dok situ. Kena buli ke dia.
Quote kakikuDibibirmu 15-3-2022 04:26 PM
marang kerapu kepunden marang sekepperrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
Quote krustykrab 15-3-2022 04:31 PM
Haaa sumbat lagi anak² kat madrasah, tahfiz, sek pondok bila dah beranak ramai sgt.
Quote Friska 15-3-2022 04:38 PM
Aduh, masih bocah sudah jadi arsonist. Bisa jadi psikopat ini anak.
Quote Thunderclouds 15-3-2022 04:39 PM
Sbb kna paksa ngn parents kot. Sekolah aliran agama tambah2 duduk pulak kt asrama is not for everybody. Kalo dh pupuk minat budak2 dr kecik tu len cita. Ni mmg mati2 xmau dok situ. Gamak pulak dia p bakaq. Silap2 akil baligh pn belom. Esk2 kalo ada random shooting kt uni/sek pn agknya xmustahil. Wiring budak la ni lain macemm
Quote dua_chzy 15-3-2022 04:39 PM
Hebak ko dek. Hebak yang bodo.

Ni macam ex student akak. Dia tanak ti ggal asrama, dia p bakar tilam ngan katil dia. Syukur api tak merebak. Memang terus pengetua buang asrama lepas tu.
Quote CiliPadiSedap 15-3-2022 04:40 PM
kakikuDibibirmu: marang kerapu kepunden marang sekepperrrrrrrrrrrrrrrrrrr...


marahkan nyamuk, habis  bermadu jusa c minus

Quote chandrahusin 15-3-2022 04:40 PM
bdk mmg dh ada masalah
mak ayah tak boleh handle
hantar madrasah dgn harapan boleh berubah
itu yg selalu terjadi
pernah ambik/hantar bdk2 tahfiz untuk 1 event
seingat aku dlm 15 org tu
tak igt sorang pun kata rela hati nak masuk tahfiz
semua sbb akademik tak bagus
atau pun mmg dh sedia nakal
Quote anony-mous 15-3-2022 04:43 PM
Madrasah / tahfiz dah jd sekolah juvana. Kesian budak2 lain yg baik & tenaga pengajar. Laki i ckp kalau tahfiz swasta yg mahal tu elok sikit perangai budak2 sbb rata2 ank m40, t20 ada semenggah sikit. Xtau betul ke x.
Quote supernaturalee 15-3-2022 04:50 PM
smlm news org kena bakar dlm bilik sekolah
hr ni sekolah plk kena bakar


Quote darkness 15-3-2022 04:54 PM
Xperlulah bakar...keluar aje..duhh
Quote doubleharmonic 15-3-2022 04:56 PM
anak bangla kah heshe? motip tulis ayat persis baiya bini jah tu hah noreen?
Quote me12345 15-3-2022 04:59 PM
Mungkin jenis budak lembam yg x diagnose..disylexic, adhd or lembam pembelajaran yg mmg sekslu problem bersosial dan berinteraksi dgn org lain..
Quote angelofish 15-3-2022 05:29 PM
selamat bontot adik...tapi itu la masuk juvana pulak .kang kena liwat kat juvana
Quote kakikuDibibirmu 15-3-2022 05:34 PM
supernaturalee replied at 15-3-2022 04:50 PM
smlm news org kena bakar dlm bilik sekolah
hr ni sekolah plk kena bakar

Besok universiti pulak kena bakar, Dewan Tunku Canselor tersenyum sinis
Quote mbhcsf 15-3-2022 05:40 PM
Edited by mbhcsf at 15-3-2022 05:42 PM

Okay

1. tak minat belajar
2. usia 13 thn
3. pi madrasah
4. then now ade masalah kelakuan and dah ada trait jenayah ni - bakaq dan dua kali?

protesting and demonstrating  uncontrolled emtional outburst, impulsivity , poor judgement . rationale dah ni

okay remaja ni kena pi dapatkan intervention - memang ade trait macam harming others - bakar ? why bakar not just larikan diri je?
adamasalah belajar ke ? atau dipaksa belajar - benda yg dia tak minat?

well...sekarang merasalah kesan.

budak ni kena intervention bahaya, takut kalau tak buat something habis.

i tadi masa lunch kan berita 1.30 pm dengarlah berita ni , i takut ade kemalagan jiwa...tak nak dah dengar  citer macam sekolah tahfiz keramat tu lagidah ngilu.
Quote Samerosie 15-3-2022 05:41 PM
Umur baya tu dah pandai fikir nak bakar2 harta orang.  Maaf la adakah ini future anak kaklong 7e juga?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.097394 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top