CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beranak Berkelana 400km Nak Sewa Inap Desa, Edar Syabu RM1.95 juta

15-3-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1298| Komen: 10

Shah Alam – Dua beranak sanggup berkelana sejauh lebih 400 kilometer menyewa rumah inap desa di Bandar Saujana Putra, Jenjarom dekat sini bagi mengedar 53 bungkusan syabu bernilai RM1.95 juta, baru-baru ini.


Kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 49 tahun itu bagaimanapun berjaya diberkas pukul 4.50 petang, Khamis lalu ketika memunggah sebuah kotak berisi dadah tersebut di kawasan parkir kedai di Bandar Saujana Putra.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, berdasarkan siasatan mereka yang menetap di Kelantan itu telah terlibat dalam pengedaran tersebut sejak awal tahun ini.


Foto: Kosmo


Katanya, mereka juga menjadikan rumah inap jenis teres itu bagi menyimpan dadah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan pada kotak yang dipunggah dari pacuah empat roda dinaiki mereka menemui 10 bungkusan teh Cina mengandungi dadah jenis methamphetamine dalam kotak berkenaan.

“Soal siasat kemudiannya membawa rampasan 43 lagi bungkusan dadah di rumah teres dua tingkat yang disewa mereka di sekitar kawasan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Jelas beliau, kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan seberat 54.6 kilogram (kg) dan bernilai RM1.95 juta selain merampas sebuah kenderaan serta sejumlah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM60,400.

Kata Ahmad Jefferi, siasatan mendapati kedua-dua suspek termasuk si bapa yang merupakan seorang warga Thailand itu memperoleh dadah dari negara jiran dan mengedarkannya di sekitar negeri ini.

“Modus mereka adalah menyewa inap desa untuk bermalam dan menyimpan dadah di rumah berkenaan sebelum mengedarkannya,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 15-3-2022 02:28 PM
macam hensem pulak polis yang paling kiri tu yg tgh pegang teh cina
Quote Orix 15-3-2022 02:30 PM
gomo kelate gomo !!! mcm x pernah jek iols dgar lobai complain pasal dadah ni... balik2 arak je
Quote Artemesiaa 15-3-2022 02:38 PM
Mesti jiran sebelah menyebelah dah mula syak kerja mereka ni area tu pun bukanya ulu banat sangat
Quote shernazz 15-3-2022 02:55 PM
Mooverine replied at 15-3-2022 02:28 PM
macam hensem pulak polis yang paling kiri tu yg tgh pegang teh cina

Terus iols.scroll balik.kat atas..
Nampak.cm ensem
Quote Mooverine 15-3-2022 02:58 PM
shernazz replied at 15-3-2022 02:55 PM
Terus iols.scroll balik.kat atas..
Nampak.cm ensem

nanti malam tengok buletin utama lah, mana tau akan nampak lebih jelas hahaha
Quote kakikuDibibirmu 15-3-2022 03:06 PM
Teh cina memang sedap
Quote shernazz 15-3-2022 03:24 PM
Mooverine replied at 15-3-2022 02:58 PM
nanti malam tengok buletin utama lah, mana tau akan nampak lebih jelas hahaha

Alah sure pakai.mask.juga uols..
Kang tak pakai.mask
Viral plak polis tak patuh sop
Quote saviour_09 15-3-2022 04:09 PM
sek kito keno game
Quote me12345 15-3-2022 04:12 PM
Hebat kelate..satgi kaya jual dadah, bukak bisnes upfront jual produk, jual kepok etc...claim usaha keras
Quote Lily_Elizabeth_ 15-3-2022 04:13 PM
Edar dadah ni bangsa anak anak SATAN. Merosakkan anak anak orang. Mmg SATAN!!!.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.185016 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top