Baru-baru ini di Putrajaya, seorang lelaki maut apabila mesin pembancuh simen yang sedang dibersihkan itu hidup secara tiba-tiba di dalam sebuah kilang buat mozek.
Mangsa yang bernama Fenddy Asim yang berusia 19 tahun itu berkerja sebagai operator kilang selama 6 bulan. Menurut Suara Merdeka, remaja itu sedang tunduk membersihkan bahagian dalam mesin pengadun itu tetapi secara tiba-tiba mesin itu berputar menyebabkan kepala dan bahu mangsa itu terkena mesin itu. Rakan sekerja mangsa terus mematikan suis dan mengeluarkan mangsa dari dalam mesin itu. Difahamkan mangsa itu berdarah dari kepala dan telinganya, mangsa itu telah dibawa ke klinik di Taman Nusa Perintis tetapi doktor di situ telah mengesahkan bahawa mangsa itu sudah meninggal dunia. Tambahan pula, siasatan awal tidak menunjukkan sebarang kesan jenayah di kawasan kejadian.
Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk buat bedah siasat. -CARI |
Difahamkan mangsa itu berdarah dari kepala dan telinganya, mangsa itu telah dibawa ke klinik di Taman Nusa Perintis tetapi doktor di situ telah mengesahkan bahawa mangsa itu sudah meninggal dunia.
musangbodoh replied at 15-3-2022 04:56 PM
takziah...
btw mmg bedah siasat tu penting sgt ke
ADVERTISEMENT