CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Cabar Putin Bertarung - "Taruhannya Adalah Ukraine"

15-3-2022 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1323| Komen: 14

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk mencabar Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan Ukraine sebagai taruhan.

Ia susulan peperangan yang dimulakan Rusia terhadap Ukraine.



Kredit foto: CNA

Musk menerusi perkongsian di Twitter mencabar pemimpin Rusia itu untuk menguji keberaniannya secara peribadi dan bukan melalui anggota tentera mereka.

“Saya dengan ini mencabar Vladimir Putin untuk bertarung secara tunggal. Pertaruhannya adalah Ukraine,” katanya di Twitter.

Pada masa sama, Musk turut menyoal Putin sama ada beliau terima taruhan tersebut. Bagaimanapun, tiada jawapan balas dari pihak Rusia.




Sebelum ini, Musk secara terbuka menyuarakan sokongan beliau terhadap Ukraine dengan menyelar tindakan Rusia terhadap negara itu.

Malah, Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorovber menyatakan penghargaannya kepada bilionair itu kerana menghantar terminal satelit Starlink ke Ukraine yang kini sedang bergolak selepas diserang Rusia.

Beliau menyatakan penghargaan itu selepas terminal Starlink itu akan digunakan bagi membolehkan perkhidmatan Internet di negara itu yang terganggu disebabkan oleh pencerobohan Rusia berfungsi dengan baik.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-3-2022 02:06 PM
Go.. Goo. Gooo puteng.... Acik acik kata ko human bulletpfftttt sebab ex KGB
Quote Orix 15-3-2022 02:08 PM
team Elon. tiberrrr
Quote KBW2 15-3-2022 02:08 PM
Nak bertarung combat dengan Putin? Ko nak mampos sangat ke Elon oi
Quote Artemesiaa 15-3-2022 02:12 PM
Pasti dalam hati Putin kata kowser melayan geng gila perhatian ni
Quote Dwdrum 15-3-2022 02:13 PM
Elon musk pernah jumpa in realife hes pretty tall... Compared dengan putin tengok pix dia dengan boss....
Quote matamata 15-3-2022 02:18 PM
Orang kalau berperang akan gunakan kelebihan yg diaorg ada... Kalau blh tikam belakang pun tikam belakanglah... Kenapa Putin nak ketepikan kekuatan tentera dia utk bertarung dgn musk? Ingatla sikit kawan tu bukan biasa2 punya preaiden, dia sendiri secara peribadi mmg battle harden sejak cold war lagi, top rank FSB dan director KGB... Mana ada istilah anak jantan dan betina dlm perang moden ni... Zmn hang tuah atau filem Hollywood bolehla
Quote Dwdrum 15-3-2022 02:27 PM
matamata replied at 14-3-2022 10:18 PM
Orang kalau berperang akan gunakan kelebihan yg diaorg ada... Kalau blh tikam belakang pun tikam bel ...

Itu yang die hard fan selalu kata kan.... Kekuatan physical putin sebagai exkgb seperti human bulletproof really tiada siapa tahu pocit umur hampir 70yo
Quote AbukRokok 15-3-2022 06:40 PM
elon = stark
putin = thanos
Quote Firenzza 15-3-2022 06:46 PM
Dah mcm citer raja2 zmn purbakala plk....klh judi kg tergadai.....
Quote wikedsaikel 15-3-2022 06:54 PM
Combat la apalagi. No weapon.
Quote whimsicalmusic 15-3-2022 07:53 PM
Apesal lak stake die ukraine? Ukraine tu property die ke yg nk jadikan pertaruhan
Quote ashilalat 15-3-2022 07:55 PM
Bodoh punya elon mask..koser la putin nak layan kau. Apasal tak pertaruhkan USA? Mcm la ukraine tu bapak kau punya. Go putin!
Quote sharlenetexas 15-3-2022 08:45 PM
Firenzza replied at 15-3-2022 06:46 PM
Dah mcm citer raja2 zmn purbakala plk....klh judi kg tergadai.....

Teringat daerah besut.

Quote dua_chzy 15-3-2022 08:46 PM
Mamat narsisis ni pun nak mencapub jugak ya.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049664 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top