CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Perkenal Yoga Sebagai Aktiviti Sukan Di Sekolah

15-3-2022 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 876| Komen: 9

Yoga akan diperkenalkan di sekolah Arab Saudi sebagai sebahagian daripada aktiviti sukan.

Lapor Arab News, Presiden Jawatankuasa Yoga Saudi (SYC), Nouf al-Marwaai berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan yoga kepada semua sekolah di negara itu menerusi aktiviti kurikulum.


Gambar hiasan/The Quint

Jelasnya, Yoga menjadi pilihan kerana mengandungi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Minggu lalu, SYC dan Persekutuan Sukan Sekolah Saudi menjalinkan kerjasama bagi memperkenalkan yoga di seluruh sekolah.


Pihak kementerian meluluskan pengajaran dan amalan yoga sebagai sukan di negara itu sejak November 2017.

Nouf berkata, yoga sangat signifikan kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang.

“Sistem sekolah di negara ini berhasrat memastikan semua aktiviti yang dijalankan menyumbang kepada perkembangan pelajar dari aspek fizikal dan akademik.

“Saya percaya pengenalan Yoga dalam sistem pendidikan adalah tindakan yang efektif.

“Kita tinggal dalam era teknologi yang menyebabkan semua orang bergantung kepada telefon bimbit, tablet dan gajet yang memberikan kesan negatif terhadap kehidupan.

“Oleh itu, kita perlu melatih anak muda dengan mengamalkan yoga sebagai satu bentuk disiplin hidup dan menanam minda dengan perkara penting,” jelasnya.


Orang ramai menghadiri kelas Yoga di pulau kecil di tasik Hakka, UAE.-AFP

Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan (2008) pernah mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-3-2022 02:01 PM
Edited by Dwdrum at 14-3-2022 10:03 PM

Bagus lah ter utama dhyana... Dari kecil di ajar cara islamic spiritual tidak mampu untuk atasi masalah lemah mental sikit sikit ter hina..guna cara alternatives lain
Quote sharlenetexas 15-3-2022 02:01 PM
Yoga yogi bear

Quote Orix 15-3-2022 02:13 PM
meanwhile di sini lobai mengharomkan yoga khuenst ??
Quote _blackbird 15-3-2022 02:26 PM
arab kemain jadikan yoga kurikulum sekolah. meanwhile lobai malaysia haramkan yoga konon menyimpang akidah.
Quote Decaffeinated 15-3-2022 02:27 PM
Nouf berkata, yoga sangat signifikan kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang.

Arab Saudi ni islam ka? dah kenapa tak percaya zikir bermunajat untuk kesihatan mental
Quote sekngucing 15-3-2022 02:42 PM
Orix replied at 15-3-2022 02:13 PM
meanwhile di sini lobai mengharomkan yoga khuenst ??

yoga memang diwartakan haram..sekitar 2009 lagi rasanya
Quote Orix 15-3-2022 02:46 PM
Decaffeinated replied at 15-3-2022 02:27 PM
Arab Saudi ni islam ka? dah kenapa tak percaya zikir bermunajat untuk kesihatan mental

kalau org ereb yg faham bhs ereb x percaya zikir munajat tu utk kesihatan mental apetah lg ummah yg  xfaham bhs ereb
Quote Decaffeinated 15-3-2022 02:52 PM
Orix replied at 15-3-2022 02:46 PM
kalau org ereb yg faham bhs ereb x percaya zikir munajat tu utk kesihatan mental apetah lg ummah y ...

could it be 'because of it...' rather than 'inspite of it...' ?

Quote angelofish 15-3-2022 02:52 PM
om om...astaghfirullah hal azim.kau dah kenapa pak arab oi...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.406299 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top