CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Gambar Seksi Pesohor Jejaki Penjenayah, Polis Disaman RM126 Juta

15-3-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1004| Komen: 0

Seorang pesohor media sosial dari Amerika Syarikat menyaman pihak polis sebanyak ASD30 juta (RM126.18 juta) kerana menggunakan gambarnya yang seksi pada sekeping poster untuk menjejaki penjenayah, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Eva Lopez menyaman Jabatan Polis New York (NYPD) selepas mereka menggunakan gambarnya pada poster untuk menjejaki seorang pekerja seks yang terlibat dalam satu rompakan besar.


Kredit foto: Daily Mail/New York Post

Wanita berusia 31 tahun itu mendapat tahu bahawa dia telah disalah anggap sebagai seorang wanita yang dikehendaki pada 16 Ogos tahun lalu setelah dimaklumkan oleh rakan kepada teman lelakinya. 


Lopez yang menetap di Bandar Raya New York itu bagaimanapun mengabaikannya sehingga majikannya meyakinkan dia untuk menghubungi polis.

Detektif Kevin Dwyer, kemudian memaklumkan bahawa poster itu telah diturunkan dari laman Facebook dan beberapa laman web lain setelah mendapati suspek sebenar mempunyai tatu pada lengan.

“Ia sudah tersebar di media sosial, masih disebarkan, diperkatakan dan membuat saya kelihatan seperti pelacur dan pencuri,” kata Lopez kepada akhbar New York Post.


Kredit foto: Daily Mail

Wanita itu membuat penjelasan di laman Instagramnya bahawa dia tidak bersalah dan menyedari reputasinya telah terjejas akibat insiden tersebut.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa gadis dalam gambar itu bukan saya. Dia tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.041457 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top