CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Iblis Dalam Kandungan’ Buat Penonton Meracau Dalam Wayang

15-3-2022 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1001| Komen: 3

Seorang pengunjung didakwa ‘mengalami gangguan mistik’ ketika menonton wayang cerita hantu di sebuah panggung wayang, di Bandung baru-baru ini.


Lapor Tribunnews, kejadian itu sempat dirakam pengunjung lain yang berada di dalam panggung wayang tersebut.


Tangkap layar video menunjukkan pengunjung wanita itu ditenangkan rakannya sebelum dibawa keluar oleh petugas panggung wayang. - AGENSI

Menerusi video yang tular dalam media sosial, seorang pengunjung wanita yang duduk di bahagian tengah panggung wayang itu dilihat tiba-tiba menangis.

Seorang saksi dikenali sebagai E Zahra memberitahu, mereka ketika itu menonton filem seram berjudul ‘Iblis Dalam Kandungan’ dan wanita itu tiba-tiba menangis ketika filem berkenaan hampir tamat.

“Ketika di pertengahan cerita, wanita itu sudah mula menangis dan tangisannya semakin menjadi-jadi semasa filem semakin hampir ke penghujung.

“Kemudian, pengunjung wanita itu terus meracau dan bercakap perkara yang sukar difahami.

“Kami dapat mendengar wanita itu bercakap ‘suruh anak ini lihat saya, mahu ikut saya tak?’,” katanya.

Situasi itu menimbulkan panik dalam kalangan pengunjung lain dan menyebabkan filem itu dihentikan serta-merta.

Petugas panggung wayang kemudiannya menyalakan lampu dan membawa pengunjung wanita itu keluar.

Zahra memaklumkan, dia tidak tahu bagaimana keadaan wanita itu selepas dia dibawa keluar dari panggung.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 15-3-2022 01:32 PM
Gimik la princhicky & mona allen la ni. Kat malaysia dah lama pakai taktik gini tp tetap xlaku
Quote Mooverine 15-3-2022 02:02 PM
duh.. bosan nya gimik mcm ni.. mcm ceta conjuring and the geng.. asal release ja, ada lah org mati sakit jantung la, histeria la masa tgk ceta tu..
Quote Artemesiaa 15-3-2022 02:06 PM
Macam sama je kejadiannya seperti ditanahair tak lama dulu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.135372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top