CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipanggil Anak Haram, Dipukul Sejak Kecil, Mak Angkat Minta Belikan Rumah Sebagai Balasan

15-3-2022 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1538| Komen: 10

Petaling Jaya – Membesar dalam sebuah keluarga angkat pastinya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri apabila sebagai anak perlu menagih kasih daripada orang lain.


Terbaharu, sebuah ciapan yang dimuat naik oleh pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter yang berkongsi luahan seorang individu yang mengalami penderitaan hidup sepanjang bergelar anak angkat.

Foto: Kosmo

“Saya anak angkat, mak ambil saya sebab dia tak boleh mengandung dan lepas tujuh tahun dia bela saya dia mengandung.

“Sejak kecil saya dipukul, umur lima tahun saya dipukul guna dua penyangkut baju serentak sampai patah dan ketika umur tujuh tahun saya ditampar sehingga berdesing telinga saya,” luahnya menerusi kiriman mesej kepada pengacara tersebut.


Dia mendakwa, sering dipukul hanya kerana bertanyakan soalan atau tersalah melakukan sesuatu kerja.

Lebih menyedihkan, ibu angkatnya juga sering memaki hamun ataupun menghinanya dengan mengeluarkan kata-kata kasar serta menganggapnya sebagai bebanan dalam keluarga.

Tambahnya, dia juga dipaksa untuk membuat pinjaman bagi membeli sebuah rumah sebagai ganti rugi wanita itu telah menjaganya sejak kecil.

“Saya sering dipanggil dengan gelaran yang kasar, saya ini anak haram, dan mak selalu cakap saya ini menyusahkan dan minta saya mati.

“Dia paksa saya buat pinjaman untuk belikan dia sebuah rumah sebagai ganti rugi membela saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersimpati atas penderitaan yang dialami individu tersebut dan memberi kata-kata semangat untuknya terus bangkit.

“Luluh hati saya, rasanya awak dah dewasa sekarang, carilah kehidupan sendiri dan bina hidup awak sendiri, semoga segala urusan dunia dan akhirat awak dipermudahkan Allah. Soal buat pinjaman rumah, tolonglah jangan ikutkan, nanti jerat diri sendiri,” kata seorang pengguna.

“Dia bukan ambil awak sebagai anak angkat, tapi nak jadikan awak sebagai hambanya. Ibu angkat awak memang mental dan jika awak berada pada pihak yang benar, segera dapatkan bantuan,” ciap pengguna yang lain pula. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-3-2022 01:52 PM
Run for ur life dik... Ko juga tidak minta or ada pilihan dapat ibu angkat dari hell... If ko rasa ko owed favor dari dia... keluar dari toxic family itu... Dan bank in duit monthly berapa  mampu...
Quote pearl.silver 15-3-2022 02:04 PM
I xtau nk kata
I ada je jumpa org tua oanas baran maki ank angkat mcm ni

Anak haram. Menyesal aku bela kamu.
Tp mak
Quote pearl.silver 15-3-2022 02:08 PM
Tp makcik tu xpukul
Mulut je maki2
Dan makcik tu i rasa xmaksudkn apa yg keluar kt mulut dia cuma dia tu baran
Kesan dia bdk tu dah besar ni sgt low self esteem
Dan bdk tu mmg xsuka mak angkat dia
I kesian kt dia.. masa kecil xmerasa manja dgn ibu mcm bdk lain..
Quote Orix 15-3-2022 02:21 PM
kalo betul cite ni, iols tumpang simpati... xyah buat loan dekk, pedulikan sajok... bukan ko yg mintak ber-mak angkat kan mak angkat ko tu, dia yg amek ko jd kan anak angkat, mmg tanggungjawab dia la besokan ko
Quote Decaffeinated 15-3-2022 02:23 PM
cerita satu pihak.

Next!

Quote Artemesiaa 15-3-2022 03:22 PM
Ramai je jadi macam ni dalam masyarakat
Quote vanillaninja 15-3-2022 04:09 PM
Tweet asal lagi panjang kan. Sedih I baca.
Quote ninja boy 15-3-2022 04:14 PM
dna mak pak asal
Quote Simunggu 15-3-2022 04:30 PM
baguslah budak tu bila dewasa hidup berdikari membena masa depan & keluarga sendiri
Quote epullipan 15-3-2022 04:33 PM
kesiannya nya..sbb die anak angkat je ke..mesti ada sebab mak die jadi mental

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.202753 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top