CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Langgar Kereta Orang Semata-Mata Nak Elak Bayar Tol

15-3-2022 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1211| Komen: 4

Petaling Jaya – Tindakan seorang pemandu mengelak daripada membayar tol sehingga membahayakan kenderaan lain menjadi tular di media sosial.

Tindakan pemandu tersebut yang berjaya dirakam kamera papan pemuka turut mendapat kecaman daripada pengguna media sosial.

Menerusi video berdurasi satu minit 12 saat itu, pemandu tersebut dilihat mengikut rapat kereta dihadapannya dipercayai bagi mengelak membayar tol.


Pemilik video berkenaan kemudian dilihat cuba menghalang perbuatan pemandu tersebut dengan memperlahankan kenderaannya.

Bagaimanapun, tindakan itu hanya sia-sia selepas pemandu tersebut berjaya meloloskan diri malah turut melanggar kenderaan pemilik rakaman itu.


Kejadian dipercayai berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam.

Di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu tersebut yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Kalau tidak ada duit, bawa motosikal sajalah. Bila buat macam ini, sudah menyusahkan orang lain juga,” kata Eddie.

“Tol pun dia tak mahu bayar, inikan lagi bayar ganti rugi kereta orang. Cabut larilah, apa lagi,” ujar Nazief pula.

“Bagi aku, kalau dia tak mahu bayar tol biarkan sahaja. Bukan kamu yang rugi, pandai-pandai syarikat tol cari. Dari buat tindakan sendiri, kamu yang susah,” kata Alan.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 100,000 kali. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 15-3-2022 01:50 PM
Mesti bini kat sebelah menyumpah2 tengok perangai laki sendiri macam ni. *Hanya spekulasi liar semata2.

Hidup kat bandar ni, asal keluar rumah je kena ada duit dek. Janganlah menyusahkan orang tak berkat hidup nanti.
Quote prettyuglybabe 15-3-2022 02:30 PM
ada bukti kan? hantar je surat saman and claim..
Quote copy_paste 15-3-2022 02:58 PM
no plat ade,boleh je nak cari,
Quote shernazz 15-3-2022 03:02 PM
Harap2.cepat kena.tangkap
Nakmtgk juga muka lahanat yang takde duit ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052557 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top