CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Kempunan- Seks Tak Dapat, RM10 Ribu Pula Melayang

15-3-2022 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 384| Komen: 1

Melaka - Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM10,000 lesap selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan khidmat seks secara dalam talian melalui laman sosial, Twitter.


Mangsa berusia 18 tahun dipercayai tertarik dengan tawaran perkhidmatan seks itu ketika melayari laman Twitter dan melihat satu tweet dari sebuah akaun pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa telah menekan pautan yang diberikan dan kemudian berhubung dengan sindiket itu melalui aplikasi Telegram.

Gambar Hiasan

Menurutnya, sindiket itu menawarkan pakej perkhidmatan seks kepada mangsa dengan bayaran RM300 bagi tempoh dua jam dan memberi syarat bayaran perlu dibuat menerusi tambah nilai Razer Gold.

Beliau berkata, selepas membuat pembayaran mangsa diminta menunggu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam pada hari sama kira-kira jam 1 petang.

"Bagaimanapun mangsa telah dihubungi seorang lelaki dan memintanya untuk membuat bayaran deposit tambahan sebagai cagaran bagi memastikan pelanggan perempuan itu tidak dicederakan oleh mangsa.

"Mangsa yang percaya telah membuat lima kali transaksi berjumlah keseluruhan RM10,000 ke dalam akaun yang diberikan sindiket itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jelas beliau, namun selepas transaksi dilakukan mangsa tidak dihubungi mana-mana pelanggan perempuan pada petang itu dan menyedari dirinya ditipu sindiket tersebut. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 15-3-2022 08:14 PM
18 tahun da pandai melanggan, tp ado jgk la duit smpi burn 10k..ko anggap jelah mmg tuhan nk elak ko melanggan walau duit hilg hahahah padan muka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.031152 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top