CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sistem Imuniti Berkurang, Masyarakat Perlukan Suntikan Dos Keempat - CEO Pfizer

15-3-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1910| Komen: 24

Kebanyakan masyarakat perlu mendapatkan dos keempat vaksin Covid-19 supaya mereka terus dilindungi daripada pelbagai varian virus berkenaan.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla, ia berikutan dua suntikan awal dan dos penggalak yang diberikan sebelum ini tidak dapat melindungi masyarakat daripada varian yang ada selain tidak bertahan lama dalam sistem imuniti badan.

"Pada masa ini, perlindungan yang diperoleh daripada suntikan ketiga sudah cukup baik. Tapi untuk kes kemasukan ke hospital dan kematian, ia tidak begitu baik kerana tidak bertahan lama," katanya.


Foto: Getty Images

Beliau berkata demikian pada Ahad (13 Mac) semasa temu bual di 'Face The Nation' CBS apabila ditanya sama ada rakyat Amerika boleh mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 secara tahunan pada setiap musim gugur.

Pfizer dan syarikat lain sedang mengusahakan dos vaksin yang akan melindungi masyarakat daripada sebarang varian pada masa hadapan."

Omicron adalah varian pertama yang dapat mengelak daripada 'serangan' sistem imunisasi yang kami berikan," kata Bourla kepada hos Margaret Brennan.

"Apa yang kami cuba lakukan sekarang ini adalah untuk membuat vaksin yang akan melindungi masyarakat daripada semua varian, termasuk Omicron. Sekurang-kurangnya setahun," katanya. - CARI

Sumber: mStar/ nypost

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nellyberry 15-3-2022 12:13 PM
Yes, lepas tu benarlah mcm meme yg org dok tunjuk tu lengan penuh dgn cucuk vaksin.
Quote kucingitam 15-3-2022 01:12 PM
babikla...
Quote slavehunter 15-3-2022 01:19 PM
Jangan complaint....

Comply harder!

Quote AbukRokok 15-3-2022 01:43 PM
cocok je la nti dpt free pizza
lgpun dah 3 kali cok xjadi zomba ponnnnnnn

Screenshot_20220104_011957.jpg

Quote chocobozhere 15-3-2022 03:35 PM
Aku dua dose Pfizer.. Tapi booster tak amek. Baru ni kene covid.. Kena amek ke tak booster eh?
Quote Firenzza 15-3-2022 03:42 PM
Apa lg kj......luaskan kuasa mysjhtera mu....buat mandatory cucuk dos 4,5,6......100, x cucuk kalu x blh beli petrol & beras.....itu pun susah nk pikir ke?
Quote kemaruk 15-3-2022 03:43 PM
bangkem dah bagi amaran awal2 dah

vaksin bagai ini semua ketamakan manusia je

dari awal lagi dah nampak

korang2 yang slow ni je bodoh dan naif
Quote cucuq 15-3-2022 03:54 PM
Sorry ckuplah tiga..xnak dh Kali keempat
Quote Firenzza 15-3-2022 03:59 PM
chocobozhere replied at 15-3-2022 03:35 PM
Aku dua dose Pfizer.. Tapi booster tak amek. Baru ni kene covid.. Kena amek ke tak booster eh?

Ada 4 org ahli parlimen msia x prnh cucuk pun, tp xde la dgr PRK  setakat nih.....
Quote BawangCaramel 15-3-2022 08:43 PM
IMG_20220308_103207_607.jpg IMG_20220315_083545_935.jpg IMG_20220305_070651_368.jpg IMG_20220315_083854_608.jpg IMG_20220223_202029_733.jpg
Quote mojarean_X 15-3-2022 08:45 PM
Aahh booster pun belum. Dlm dilema betul ni nk cucuk ke taknak.
Quote sharlenetexas 15-3-2022 08:45 PM
Firenzza replied at 15-3-2022 03:59 PM
Ada 4 org ahli parlimen msia x prnh cucuk pun, tp xde la dgr PRK  setakat nih.....

Sape tu?

Quote mojarean_X 15-3-2022 08:48 PM
sharlenetexas replied at 15-3-2022 08:45 PM
Sape tu?

Yg iols tau Ku Li cuma nk booster sinovac je
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/saya-hanya-nak-dos-penggalak-sinovac/
Quote mojarean_X 15-3-2022 08:48 PM
sharlenetexas replied at 15-3-2022 08:45 PM
Sape tu?

Yg iols tau Ku Li cuma nk booster sinovac je
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/saya-hanya-nak-dos-penggalak-sinovac/
Quote Firenzza 15-3-2022 10:42 PM
Rindu la iklan herd immunity.....pesal tb x mo keluarkan iklan tu lg??
Quote Cahya669 16-3-2022 04:45 PM
Siapa je yang masih tak nampak permainan vaccine? [em:4:]
Quote lurkingaround 16-3-2022 05:38 PM
Edited by lurkingaround at 16-3-2022 10:21 PM

.
Mula2 pada Dis 2020, CEO Pfizer, Albert Bourla, cakap 1 dos vaksin Covid tak cukup, kena 2 dos baru lengkap dan cukup untuk mencegah kes dan kematian Covid dan mencapai imuniti kelompok atau "herd immunity" bila >70% populasi divaksin.

Kemudian, bila jumlah harian kes dan kematian Covid masih kekal atau naik, dia pun kata 2 dos tak cukup, kena ambil dos penggalak dos ke3 - untuk mencegah kes Covid serius atau hospitalisasi.

Sekarang, bila jumlah harian kes dan kematian Covid masih kekal atau naik, dia pun kata dos ke3 tak cukup, kena ambil dos ke4 - untuk imuniti badan tahan lebih lama mencegah kes serius, ....... dan sebagainya.

Terbukti, vaksin Covid tak berapa berkesan untuk mencegah kes dan kematian Covid kerana virus Covid sentiasa bermutasi = sentiasa ada Varian baru.


Ini CEO, mulut dan lidah berputar macam ular patuk berbisa = menganiaya dan menyusahkan Rakyat Jelata dengan mengaut untung dari mereka melalui kerajaan lobi-lobi'an.
.

"Apa yang kami cuba lakukan sekarang ini adalah untuk membuat vaksin yang akan melindungi masyarakat daripada semua varian, termasuk Omicron. Sekurang-kurangnya setahun," katanya.

Mustahil untuk CEO Pfizer melakukan ini kerana virus Covid sentiasa bermutasi, sama spt virus Flu. Kalau benar apa dia cakap, penyakit Flu/Selsema sudah lama dibasmikan dari dunia. PEMBOHONG BETUL.!
.

P S - Virus Covid hanya boleh mematikan orang2 yang mempunyai sistem imun/pertahanan badan terlemah, spt orang2 tua berpenyakit/"comorbid" = orang2 muda dan/atau sihat tak perlu takut dengan penyakit Covid. 99% pesakit Covid harian adalah Cat 1&2 = tiada gejala dan ada gejala ringan = orang2 muda dan/atau sihat.
.

Quote capiloton 16-3-2022 05:51 PM
ok la tu, dapat rasa pengalaman sebagai saorang mat pit
Quote Normabaru 16-3-2022 08:44 PM
nellyberry replied at 15-3-2022 02:13 PM
Yes, lepas tu benarlah mcm meme yg org dok tunjuk tu lengan penuh dgn cucuk vaksin.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.433658 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top