CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggang Moden- Mak Sanggup Naik Bas Dari Kampung Tapi Anak Tak Nak Jumpa, Siap Tengking "Balik-Balik"

15-3-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4304| Komen: 40

Nampaknya kisah Si Tanggang Moden masih wujud dalam masyarakat kita hari ini.

Satu video yang tular mengenai seorang ibu yang sanggup menaiki bas datang dari kampung di Kedah, semata-mata mahu berjumpa dengan anak lelakinya, mengundang sebak.


Menerusi satu video berdurasi kira-kira 2 minit dan 20 saat, si ibu membuat panggilan untuk bercakap dengan anaknya, menggunakan telefon yang dipinjamkan oleh seorang wanita.


"Assalamualaikum Fizi, mak ni. Mak baru sampai dari kampung, mak tak tahu nak pergi mana. Ambil mak kat sini boleh tak?" kata wanita itu yang duduk bersama wanita berkenaan di tempat awam.

Namun, jawapan yang diberikan oleh anak lelakinya amat mengejutkan.

Bukan saja tidak gembira dengan berita ibunya yang datang ke bandar untuk berjumpa dengan anaknya, malah memarahi wanita yang melahirkannya.

"Aduh, yang mak datang tak bagi tahu kenapa? Tak call dulu tanya sibuk ke tak sibuk. Main terjah je!" kedengaran suara anak lelakinya yang menengking dalam rakaman tersebut.



Tanpa mendedahkan lokasi kedua-dua wanita itu, si ibu meluahkan bahawa anak lelakinya sudah lama tidak pulang ke kampung sejak tiga tahun lalu, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

"Mak tak faham ke orang sibuk kerja. Lagipun bini orang kan marah dengan mak pasal kes itu hari. Mak nak kami bergaduh lagi ke?" ujar anaknya.

Lebih memilukan apabila si ibu sanggup berjumpa dengan anaknya hanya untuk seketika tanpa bermalam di rumah demi mengubat kerinduan.

"Mak tak tidur rumah Fizi pun tak apa, mak nak jumpa Fizi kejap je," katanya.

Bagaimanapun, rayuan ibunya tidak diendahkan, malah terus dimarahi bertalu-talu dan 'menghalau' supaya balik semula ke kampung.

Seorang pengguna TikTok memaklumkan video tersebut merupakan eksperimen sosial.

Di akhir video, si ibu tidak dapat menahan sebaknya sehingga mengalirkan mata, sambil ditenangkan wanita di sisinya.

Menerusi laman YouTube AkuPeduli yang memuat naik video tersebut, ia merupakan eksperimen sosial dalam masyarakat Malaysia.

Namun, tidak dinafikan kisah ibu dan anak yang derhaka itu merupakan realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini yang seharusnya dijadikan pengajaran.

Ternyata video eksperimen sosial itu menyentuh emosi di samping ramai kesal dengan tindakan si anak.

"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Luluh hati dengar. Fizi, Fizi."

"Wahai anak, kenapa buat macam ni kat mak awak, Fizi?"

"Janganlah buat mak macam ni. Sedih, sayanglah mak."

"Walaupun eksperimen sosial, dalam realiti banyak je macam ni. Jadikan iktibar, baik buruk mak kita, tak ada yang boleh ganti," demikian antara komen-komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 15-3-2022 12:12 PM
lahhhh
merupakan eksperimen sosial


ingat betul
Quote allshares 15-3-2022 12:33 PM
Eksperimen sosial, japg ade yg baca x habis dok share ckp laki takguna sentiasa menangkan bini. Duh
Quote Decaffeinated 15-3-2022 12:50 PM
aku klik ja dah tau lakonan drama hauk C Grade baik pengarah, pelakon, kamera semua ke laut.

terlalu obvious fake nak list kan pun malas.

Quote krustykrab 15-3-2022 12:55 PM
manehnya replied at 15-3-2022 12:12 PM
lahhhh



Tu lah..buang masa betul aku tgk video tu
Quote pxlbb 15-3-2022 12:56 PM
EKSPERIMEN SOSIAL

Baru je nak suggest Mastika hidup balik
Quote nolya 15-3-2022 12:58 PM
Betul ke atau lakonan saje, hal begini memang berlaku.  Bagi anak sedemikian rupa, memang kurang ajar, tak kenang ko tu keluar drp perut ibu, disusui, dijaga, diasuh sampai besar panjang, tetiba ada bini boleh utamakan bini drp emak. Lupa bini boleh ditukar ganti ttpi ibu tidak sama sekali.  Memang anak derhaka dn wajar disumpah jadi batu!
Quote orglama 15-3-2022 01:01 PM
Utk content je ke?
Quote tukul 15-3-2022 01:02 PM
Chittt... lakonan ke...nasib x terkesan
Quote Punat_button 15-3-2022 01:04 PM
Cisss !

memang lupa asal-usul Mak hang elok cakap Kedah hang baru seminggu dok KL dah boleh cakap slang JB dgn mak hang ko dah kenape dekkk

hang tak tau ka ada kamera tengah dok rakam dari atas pokok dek

Quote lattehazelnut 15-3-2022 01:07 PM
Tgk tajuk pun da tau lakonan gred c..
Xyah play video..
Mungkin betul ada yg betul2 berlaku tp xde la mak nak rakam n viralkan..
N mak bapak sekarang not all 100% correct.. ade je jenis dera, tinggalkan anak sbb kawin lain, etc..
Quote capwayang 15-3-2022 02:24 PM
..cerita melayu kan, kalau cipta watak ibu memang akan jadi very the ketinggalan zaman, macam uneducated still stuck dengan watak-watak ibu dalam cerita siri tv Opah tu..very the 80's.
Quote Belibis 15-3-2022 02:26 PM
Dengar separuh jer..dah agak lakonan.
Cuba lagi ya.
Quote R2D2 15-3-2022 02:34 PM
Screenshot_8.png

content yg terharu dpt byk la sikit jumlah views
semua exp sosial



Quote cmf_premierleag 15-3-2022 02:38 PM
Yg belakon utk exp sosial ni kan ada bayaran ke or free je belakon?
Quote msel 15-3-2022 03:30 PM
Agak dah. Awal2 dah pelik sempat lagi kau merekod. Siap loudspeaker.
Quote Mamidingdong 15-3-2022 03:32 PM
Content rupanya! Sikit lg nak carut
Quote ChildrenOfBodom 15-3-2022 03:45 PM
This shit is faker than politicians promise
Quote ezacbee 15-3-2022 03:47 PM
Awal2 aku dah hagak. Tu yg malas nak tengok, wat sakit kepala je.
Quote xy_daen 15-3-2022 03:48 PM
Ni BBNU punya kerja... Eksperimen sosial konon..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058401 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top