Sebuah stesen TV dikecam gara-gara menjemput wanita tular yang dikenali sebagai Kak Long 7E. Sebelum ini individu tersebut bikin kecoh dan gempar satu negara apabila videonya memaki hamun pekerja 7E tular di media sosial.
Bukan itu sahaja, videonya memaki pekerja KFC juga buat ramai berang. Gambar yang dimuat naik oleh PU Amin itu telah menimbulkan rasa kurang senang dan kebanyakannya mempersoalkan apa relevan stesen berkenaan menjemput wanita tersebut.
"Ini Kak Long 7E. Kak Long ni garang ke? Saja nak viral atau luar kawalan? Kita tengok nanti dalam rancangan...," tulisnya di kapsyen. Di Twitter, ramai yang tak puas hati. "Salam @TVAlhijrah. kalau takde content sangat nak buat, approach leww mana² doktor ka, peguam macam aku ka, panggil buat sharing yang berilmiah sikit. Ni hangpa panggil orang tah hapa² ni nak jadi macam Melodi ka?" Baca lagi: Loading FB Post... Menurut netizen lagi lebih baik jemput pekerja yang dimaki dan belajar dari kesabaran mereka berbanding memilih untuk mengetengahkan individu yang dianggap biadab dan suka mengeluarkan kata-kata kesat. Kita tunggu apa jawapan balas stesen tersebut. -CARI
|
ashilalat replied at 15-3-2022 12:00 PM
Ada org tgk ke tv alhijrah ni?
ADVERTISEMENT