CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Individu Misteri Atas Bot Sebelum Tangmo Jatuh Sungai? Polis Baru Jumpa Bukti

15-3-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3086| Komen: 24

Polis menemukan bukti baharu terkait kematian aktres Thailand, Tangmo Nida.

Mereka mendedahkan terdapat seseorang berada di belakang bot laju sebelum kejadian aktres itu terjatuh ke sungai.


Ketua Polis Wilayah 1, Letjen Jirapat Phumichit berkata, bukti tersebut daripada video CCTV yang diambil dari sebuah bangunan di tepi sungai Chao Phraya.

Rakaman menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di belakang bot laju itu pada 24 Februari lalu pukul 10.34 malam sebelum Tangmo jatuh ke sungai.


“Bukti itu berguna kerana akan membantu penyelidik mendapatkan penjelasan lebih mengenai kes ini,” katanya seperti dilapor CNN.


Penyelidikan lebih lanjut diperlukan sebelum polis mengesahkan sama ada individu tersebut adalah Tangmo Nida.

Polis juga akan membuat analisis serta meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju itu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Ilmu Forensik Thailand, Songsak Raksaksakul memberitahu pihaknya membentuk panel untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat Tangmo.

Hal tersebut merupakan permintaan ibu TangmoNida, Panida yang juga mengundang seorang doktor daripada institut lain untuk menyertai pembedahan.

Songsak memberitahu, tubuh Tangmo Nida akan disimpan di Thammasat University Hospital. Bedah siasat kedua itu akan selesai dalam tempoh 30 hari.

Foto: mStar

Tubuh Tangmo Nida sepatutnya dikremasi pada Isnin, tetapi pada Sabtu lalu, ibunya meminta penyelidik untuk memindahkan tubuh pelakon itu ke lembaga forensik untuk dibedah semula.

Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telahpun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lemas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 15-3-2022 11:00 AM
Tak habis2 lagi ke cite ni
Quote shi_jewel 15-3-2022 11:03 AM
kesiannya..lama lagi disimpan utk post mortem lagi.

btw, iol pun tak sangka itu mayat dia. memang tak dikenali rupanya. macam dibelasah & diseksa. semoga yang membelasah sheol dibelasah mcm tu juga... sungguh kamu bukan manusia yg membelasah sheol. kamu adalah setan.
Quote she 15-3-2022 11:10 AM
Kawan macik dia forensik
Dia cakap memang orang lemas mayat gitu tetambah dia telangkup

Cuma yang jadi isu sekarang
Kesan retak di kepala kanan
Gigi depan patah
Dada bekas tumbuk
Luka kelar di peha kanan
Luka tusuk dia kedua

Gitu ler cite dia
Quote dodolgemok 15-3-2022 12:09 PM
Mana chuols tgok gmbar2 ngeri itu yah?
Quote esbok 15-3-2022 12:15 PM
she replied at 15-3-2022 11:10 AM
Kawan macik dia forensik
Dia cakap memang orang lemas mayat gitu tetambah dia telangkup

Leher ke bawah dia nampak cantik, leher ke atas tu mcm terjerut.

Haku rasa helok juga gamba body dia tersebar. Kalau tak, rasanya kes terkubur lagi awal.
Gamba dah kantoi, nak pusing2 tutup cerita pun terpusing pusing ni. Dari gamba, keluar cctv dari segala angle.
Quote chandrahusin 15-3-2022 12:16 PM
anak buah aku ada tunjuk gamba mayat Tangmo ni
ngeri betul
Quote lipans 15-3-2022 12:20 PM
berapa banyak benang da...
Quote any42 15-3-2022 12:25 PM
Edited by any42 at 15-3-2022 12:26 PM

sempat tgk. kesian btul keadaan myat. byk plot twist btul kes kmatian beliau. kita yg follow news ni ikut rsa stress dgn drama org2 tlibat tmsuk fmly mndiang sndri. hrapnya klau btul dibunuh dpt la keadilan ditgakkn
Quote lwyl 15-3-2022 12:26 PM
dodolgemok replied at 15-3-2022 12:09 PM
Mana chuols tgok gmbar2 ngeri itu yah?

Di Telegram.
Quote zuri154 15-3-2022 12:34 PM
lwyl replied at 15-3-2022 12:26 PM
Di Telegram.

Nk taip apa kt telegram?
Quote pxlbb 15-3-2022 01:01 PM
Kalau hati tisu macam i tak payah la nak cari kat telegram tu. ngeri i tak boleh tido malam. I terjebak dengan siasatan tangmo ni pun dah lambat tapi memang kesian.
Quote Kitty_catz 15-3-2022 01:09 PM
oiii balik mesia la, yg gigih  nau berkutum kat tered retis telend ni dah kenapa kome oii..

mocit2 bewang mesia ni mmg species bewang putih bethol.. bau tengit yakamat, kepoh pun semacam
Quote AbukRokok 15-3-2022 01:46 PM
skrg kt mana mana ada je pasal tongmo

Quote manzilla 15-3-2022 01:48 PM
zuri154 replied at 15-3-2022 12:34 PM
Nk taip apa kt telegram?

https://t.me/LXvFC96rAtAzY2Rl
Quote acikhan 15-3-2022 02:11 PM
AbukRokok replied at 15-3-2022 01:46 PM
skrg kt mana mana ada je pasal tongmo

mula2 haku x makan tongmo nie pastu sekali makan sedap oooo tp rege boleh tahan Mahal ye
Quote Artemesiaa 15-3-2022 02:14 PM
Panjang semula ler citernya
Quote pearl.silver 15-3-2022 02:15 PM
acikhan replied at 15-3-2022 02:11 PM
mula2 haku x makan tongmo nie pastu sekali makan sedap oooo tp rege boleh tahan Mahal ye

Yg xsyoknya tongmo ni diorg sidai terdedah gitu
Ada yg niaga tepi jln kenderaan lalu lalang kt depan
Nape diorg x bleh hygenic sikit
Display gantung kat rak nasi ayam ke

Ni sbb iols putus selera nk beli tongmo
Quote lwyl 15-3-2022 02:47 PM
zuri154 replied at 15-3-2022 12:34 PM
Nk taip apa kt telegram?

Type nama dia dan pilih option yang keluar.
Quote Sazreena 15-3-2022 02:59 PM
Yang gambar mata cam tersembul tu kekadang random aku teringat memalam. Nyesal lak aku tgk. Dah la aku kadang kena stay up buat keje.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.230599 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top