Penduduk di sebuah kampung digemparkan dengan penemuan bungkusan 'mayat' di dalam tong sampah. Bagaimanapun, mereka kemudian lega apabila mendapati objek yang disyaki mayat itu rupa-rupanya patung seks.
Dalam insiden pada pagi Isnin, polis dipanggil untuk ke lokasi kejadian di luar kediaman seorang wanita berusia 30-an di in Big Wave Bay, Hong Kong selepas 'mayat' dikesan dalam satu bungkusan yang diikat dengan pita. Namun terdahulu kecoh menerusi WhatsApp dalam kalangan penduduk tempatan yang menyebarkan teori mereka bahawa orang luar mungkin bertanggungjawab terhadap pembuangan mayat yang mengerikan itu.
Bercakap kepada Hong Kong Free Press, wanita tersebut mula-mula melihat anak patung itu ketika membuka tong sampahnya pada waktu pagi. Jelasnya, ia kelihatan seperti bahagian badan yang menyerupai kepala, bahu dan kaki. Susulan penemuan itu, dia menghubungi polis selepas berbincang dengan pekerja pembersihan. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star |
Decaffeinated replied at 15-3-2022 02:12 PM
Kat Hong Kong ada kampung ka? Abang tong editor cari tak kan tak pernah jejak HK kot
Artemesiaa replied at 15-3-2022 02:30 PM
Banyak je kampung kat HK nuun tapi ramai tourist tak tahu. Area ni tak jauh dari Stanley area pan ...
lurve82 replied at 15-3-2022 12:22 PM
Habis madu sepah dibuang
ADVERTISEMENT