Kuala Lumpur: Perbuatan seorang lelaki warga emas melakukan onani sambil mencium pakaian dalam wanita di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, mengundang padah apabila dia ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima satu aduan berkaitan seorang lelaki mengambil pakaian dalam yang dijemur berhampiran flat terbabit jam 2.44 petang, semalam. "Lelaki terbabit juga dilihat mencium pakaian dalam berkenaan dan melakukan perbuatan onani. "Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Amihizam berkata, susulan aduan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut. "Siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung kes itu. "Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini," katanya. Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. "Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, laporkan segera pada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Decaffeinated replied at 15-3-2022 10:38 AM
Kesalahan dia apa, mencium spender tanpa izin?
Decaffeinated replied at 15-3-2022 10:38 AM
Kesalahan dia apa, mencium spender tanpa izin?
ezacbee replied at 15-3-2022 11:02 AM
Spesis camni bersepah xkira tua ke muda. Naik motor tibe2 berhenti tepi bas stop aksi capmelan, dah ...
krustykrab replied at 15-3-2022 10:53 AM
Kalau ada lelaki ambik cium spentot bra bini ko ke, mak ko ke, adik beradik pompuan ko ke, sambi ...
Mini.Me replied at 15-3-2022 11:46 AM
That's why laa i tak jemur anak2 kat luar...takut org curi then sihir pon ya...lagipon adab jemur pa ...
saviour_09 replied at 15-3-2022 10:52 AM
kot ye pun nak jerkah bagi la acik tu klimaks dulu
ADVERTISEMENT