CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Bagi Lamborghini RM2 Juta Untuk Suami Sebagai 'Upah' Untuk Jaga Masa Berpantang

14-3-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14421| Komen: 233

Belum pun kelahiran cahaya mata sulung, seorang bakal ibu sudah membuat persiapan awal untuk menjalani tempoh berpantang selepas bersalin.

Bukan biasa-biasa persediaannya apabila sebuah kereta mewah Lamborghini dihadiahkan buat suami sebagai 'ganjaran' kerana menjaganya ketika berpantang.

Berkongsi pengalaman, wanita itu, Anes Ayuni Osman berkata, hadiah diberikan menerusi satu kejutan di sebuah pusat jualan kereta di Kuala Lumpur pada Jumaat petang lalu.




Bakal ibu muda berusia 19 tahun itu memberitahu, kereta Lamborghini model Huracan Evo warna turquoise yang dibeli khas buat suaminya itu bernilai RM2 juta.


"Alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus sejak berkahwin. Suami pun menjaga saya dengan begitu baik terutama ketika kehamilan saya.

"Selain menghargai pengorbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa di sisi saya sepanjang tempoh berpantang," katanya yang sarat hamil sembilan bulan kepada mStar.



Dijangka menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada akhir bulan ini, dia yang lebih mesra disapa Ayuni mempunyai alasan mengapa hadiah yang merupakan kereta kegemaran suaminya, Ahmad Weldan Zulkefli, 20, diberikan lebih awal.

"Saya beri hadiah awal-awal sebab masa berpantang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berpantang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.

"Mengikut amalan berpantang yang sering dilakukan oleh keluarga saya di Kelantan, tempohnya sehingga 100 hari. Maka tiga bulanlah suami kena ikut saya 'berkampung' di rumah mak ayah saya," ujarnya yang berasal dari Pasir Mas dan menetap di Kota Bharu.



Menurut usahawan muda yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2021 ini, pastinya dia mengharapkan yang terbaik daripada suami untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang.

"Saya jangkakan suami bukan sekadar sentiasa bersama saya, tapi dia kena jaga baby siang dan malam. Sebabnya saya kemungkinan akan bersalin secara 'czer'.

"Ibu-ibu pasti tahu sakitnya selepas bersalin 'czer'. Jadi, saya mahu lebih perhatian daripada suami," kata Ayuni yang merahsiakan jantina anak tapi mendedahkan namanya akan mempunyai awalan huruf A sebagaimana namanya dan suami yang juga usahawan.

Selain menjaga bayi sepanjang tempoh berpantang, Ayuni yang mengusahakan bisnes kosmetik turut berharap suami akan mencuci lampin dan membersihkan najis serta kencing anak.

"Suami okay je nak bersihkan sebab selama ni dia juga selalu buat perkara sama pada kucing peliharaan kami. Suami juga boleh berjaga waktu malam sebab otak bisnes suami lebih ligat waktu malam buat kerja marketing.

"Suami pernah tak tidur sampai ke pagi. Dia cuma risau bila berjaga malam dan siang tidur, masa siang tu pula anak meragam. Kalau jadi macam tu, saya kena kejutkan suami untuk uruskan anak," ujarnya secara berseloroh.

Video Ayuni membuat kejutan pada suaminya meraih lebih sejuta tontonan kurang 24 jam menerusi aplikasi TikTok.

Kisah Ayuni pernah tular apabila berbelanja sebanyak RM50,000 dalam masa sehari bagi membeli beberapa beg jenama mewah Louis Vuitton untuk keperluan bayi yang bakal lahir.

Wanita ini juga pernah meraih perhatian apabila mengidam untuk memiliki kereta mewah Lamborghini model Aventador SV bernilai RM3 juta ketika hamil, dan permintaan itu ditunaikan suaminya selepas berjaya memenuhi syarat dengan salah satu videonya di aplikasi TikTok mendapat 100,000 likes. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-3-2022 03:22 PM
Asal usahawan kosmetik je mesti kna show off kan
Quote green~tea 14-3-2022 03:25 PM
Aneh ya.. tak takut kena korek /siasat ke tunjuk camni
Quote Dwdrum 14-3-2022 03:28 PM
Bini yang bawa anak lebih 9 bulan dan sakit beranak.. Hubby yang jaga bini dapat gratitude gifts... Drama sungguh
Quote cikatilia 14-3-2022 03:34 PM
hahaahahaha
berlemoih lantai basah kena mop
Quote esbok 14-3-2022 03:38 PM

Aku dengar 3 sebab orang siram kubur. sebab debu, sebab pokok disitu, sebab nak ratakan tanah. Janganlah aneh2.
Quote anony-mous 14-3-2022 03:39 PM
Wujud lg benda bidaah siram air solat hajat dekat tayar kereta ni
Quote wikedsaikel 14-3-2022 03:43 PM
green~tea replied at 14-3-2022 03:25 PM
Aneh ya.. tak takut kena korek /siasat ke tunjuk camni

Budak lagi. Mana tau apa apa. Serem aku ni belum apa apa dah cerita rancangan pada umum.
Quote anony-mous 14-3-2022 03:43 PM
I tgk tiktok dia kereta plg murah 200k, plg mahal 3juta. Product xpernah dgr pon, xpernah nmpk jugak. Dia ckp beli kereta2 dia semua cash ye. Ni lambo ke 2 dia. Tp apak dia duk rumah teres murah jah . Hmmm
Quote syamzana 14-3-2022 03:50 PM
kaya betul ye bdk2 muda skrg. acik umur 19thn tu baru habis matriks duit hrp scholar+makayah je dekk.nak gi town time cuti pun mintak duit dgn mak dpt laa rm50 tu pom kalau x habis iols pulangkan. kah3 giler sedih bila dibandingkan dgn reger kete 2juta cash tu
meneger dari umur brp neh?
Quote lattehazelnut 14-3-2022 03:51 PM
Edited by lattehazelnut at 14-3-2022 03:54 PM

Xnah dgr pun vitamilk
Of cos la overclaim kan bisnes juta
Fake it till u make it
Hodoh gila color tu
Quote miss_baby 14-3-2022 03:53 PM
ni founder vitamilk kan
selalu lalu lalang kat tik tok
Quote ChildrenOfBodom 14-3-2022 03:54 PM
Umur 19 dah kaya raya? Malam2 mengangkang kat vvip ?
Quote mojarean_X 14-3-2022 03:56 PM
Aku sblm klik thread mesti dh agak ni org melayu
Quote SedihPedih 14-3-2022 03:57 PM
la..kayo hire la 2-3 org urus2 baby

uols berdua goyang kaki ajewww
Quote myakayina 14-3-2022 03:59 PM
miss_baby replied at 14-3-2022 03:53 PM
ni founder vitamilk kan
selalu lalu lalang kat tik tok

yg susu serbuk klu minum claim boleh putih tu ke? ada member2 dok up kt line psl produk ni..
Quote Mary_jane 14-3-2022 03:59 PM
Kaya raya eh jadi founder kosmetik. Cakap juta2 je.
Quote stinger109 14-3-2022 04:00 PM
myakayina replied at 14-3-2022 03:59 PM
yg susu serbuk klu minum claim boleh putih tu ke? ada member2 dok up kt line psl produk ni..

Dah try kewww?
Quote krustykrab 14-3-2022 04:01 PM
anony-mous replied at 14-3-2022 03:39 PM
Wujud lg benda bidaah siram air solat hajat dekat tayar kereta ni

Rlok lagi rasanya dia siram kt kepala dia dgn laki dia..lebih afdhal
Quote kepompong 14-3-2022 04:03 PM
anony-mous replied at 14-3-2022 03:39 PM
Wujud lg benda bidaah siram air solat hajat dekat tayar kereta ni

apa nak heran. Nafkah zahir jaga pantang patot hubby sediakan tp dia show off konon bagi hadiah as gift jaga dia . Merapu from the start… nafkah zahir lelaki yg patot sediakan

Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056815 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top