JAKARTA: Seorang wanita kritikal selepas badannya melecur 80 peratus akibat dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di Muara Enim, Sumatera Selatan.
Lapor Tribunnews, teman lelakinya merupakan anggota polis dan mengalami kecederaan ringan selepas cuba menyelamatkan mangsa yang terbakar. Anggota polis itu dan mangsa sudah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun, namun wanita berusia 25 tahun itu ingin memutuskan hubungan kerana tidak mahu lagi menjadi orang ketiga. Hal ini kerana, anggota polis tersebut sudah beristeri dan mempunyai anak. Jurucakap polis, Eko Sumaryanto berkata, mangsa dibakar hidup-hidup kerana teman lelakinya tidak mahu mereka putuskan hubungan. Katanya, ketika hari kejadian, mangsa berada di rumah sewa rakannya dan semasa berehat, lampu di rumah itu tiba-tiba terpadam. “Mangsa bersama rakannya ingin keluar dari rumah bagi memerika kotak fius elektrik namun mereka terkejut apabila mendapati teman lelaki mangsa berada di depan rumah. “Suspek kemudiannya terus menyiram mangsa dengan minyak tanah dan menjerit mahu membakar mangsa. “Rakan mangsa cuba menghentikan perbuatan suspek, namun gagal dan suspek terus menyalakan api pada badan mangsa,” katanya. Melihat badan kekasihnya terbakar, suspek terkejut lalu memeluk mangsa sehingga dia juga mengalami melecur ringan. Penduduk kampung yang terdengar insiden itu berlari keluar dan membantu memadamkan api pada badan mangsa sebelum dia dibawa ke hospital. Sementara itu, polis akan menyoal siasat suspek selepas dia dibenarkan keluar hospital. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Supersirap: Kenapalah nak berakhir dengan trajedi begini, benda boleh bincang apa
ADVERTISEMENT