Beijing: Seramai 17 juta penduduk di hab teknologi China di Shenzhen memulakan hari pertama mereka di bawah perintah berkurung, hari ini.
Sekatan turut dikenakan di Shanghai dan bandar utama lain dalam usaha untuk membendung ancaman terbesar terhadap strategi toleransi sifar Covid-19 negara. Bandar selatan itu mengambil langkah itu pada Ahad ketika pihak berkuasa memerangi serangan Omicron di kilang dan kawasan kejiranan berdekatan Hong Kong yang merekodkan sejumlah kematian setiap hari ketika virus itu semakin berleluasa. Shenzhen adalah satu daripada 10 kawasan di seluruh China yang mengeluarkan beberapa tahap perintah berkurung di rumah. Pegawai kesihatan memberi amaran bahawa langkah lebih ketat mungkin akan diambil kerana kebimbangan meningkat terhadap daya tahan pendekatan sifar-Covid China dalam menghadapi varian Omicron yang sangat mudah merebak. Pihak berkuasa melaporkan 2,300 kes virus baharu di seluruh negara pada Isnin dan hampir 3,400 kes sehari sebelumnya iaitu angka harian tertinggi dalam tempoh dua tahun. "Terdapat banyak kluster berskala kecil di kampung dan kilang di bandar. "Ini menunjukkan risiko penyebaran komuniti yang tinggi dan langkah berjaga-jaga selanjutnya masih diperlukan," kata pegawai bandar Shenzhen, Huang Qiang pada taklimat hari ini. Gambar dikongsi dengan AFP oleh seorang penduduk Shenzhen menunjukkan pintu masuk ke kawasan perumahan yang disekat penghadang plastik besar dan mereka tergesa-gesa mengambil komputer riba di pejabat sehari sebelum sekatan pergerakan. Saham teknologi di bursa Hong Kong jatuh pada awal dagangan Isnin, apabila kebimbangan terhadap kesan virus merebak di Shenzhen iaitu hab untuk pembuat peranti iPhone Foxconn, serta Huawei dan Tencent hingga menakutkan pelabur. Di Shanghai, bandar terbesar di China, kawasan kediaman dan pejabat di beberapa kawasan kejiranan kekal ditutup pada Isnin, ketika pihak berkuasa bandar cuba mengelak penutupan penuh. Bandar itu melaporkan 170 kes virus baharu pada Isnin dan ia cukup untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan perniagaan mengenai kesan ekonomi pada masa depan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
akies: Mujur yg dh diorder minggu lepas dh selamat sampai ke tgn.
uori replied at 14-3-2022 06:55 PM
haih penat betoi dengan covid ni, bilalah nak habis.
part pakai mask dan orang tak berkampung kat ru ...
anony-mous replied at 14-3-2022 04:16 PM
Aik? Korea tu 300k sehari kes tp rilex jah siap nk open border dah next month
Suchi replied at 14-3-2022 11:14 PM
China nak zero covid kot, kalau baca 170 kes kat bandar tu.
Tapi akan jd byk kalau tak dibendung.
...
ADVERTISEMENT