CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gagal Temuduga Jurutera Di Amerika, Dakwa Kes 1MDB Jadi Punca. Ke Buat Cerita Sebab Memang Tak Layak?

14-3-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3585| Komen: 43

Seorang rakyat tempatan mendakwa gagal dalam temuduga kerja di Amerika Syarikat (AS) kerana terpalit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu perkongsian video bertarikh 25 Februari 2022, dia meluahkan rasa sedih selepas gagal dalam permohonan kerja sebagai jurutera di sebuah syarikat multi-nasional (MNC) di negara itu.

"Tadi baru lepas temuduga kerja di salah sebuah syarikat MNC yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Rasa sedih sangat.

"Dia tahu je saya orang Malaysia, terus kena tolak. Malangnya mereka baru tengok berita mengenai perbicaraan 1MDB. Mereka pandang serong terhadap rakyat Malaysia," dakwa individu itu.

Gambar Hiasan


Dalam posting video sama, dia turut memuat naik peringatan berhubung impak negatif amalan rasuah yang berleluasa.

"Rasuah ni kalau teruk, tak ada siapa pun akan percayakan tenaga kerja Malaysia lagi. Kalau jurutera rasuah, pesawat boleh terhempas. Kapal terbang tak akan siap walau dah bayar berbilion.

"Rakyat biasa yang tak rasuah pun kena tempias. Saya malu bila rakan serumah ajak borak mengenai rasuah di Malaysia," ujar individu itu.

Tambahnya lagi, dia bukanlah anak orang kenamaan, malah sanggup menyambung pengajian ke AS dengan pembiayaan sendiri.

"Saya bukan anak VIP. Ambil pinjaman tanggung sendiri datang belajar kat sini. Saya sentiasa rasa bangga bila perkenalkan kita sebagai rakyat Malaysia.

"Pertama kali rasa macam jadi liabiliti la pula. Orang lain yang khianat, orang lain yang merompak, rakyat Malaysia yang tak bersalah yang tanggung bala.

"Tak apa, rezeki Allah tentukan. Saya akan terus bangga perkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia. Saya cinta Malaysia," tulisnya lagi.

Video itu dikongsi menerusi TikTok itu turut ditularkan ke laman Twitter sehingga meraih pelbagai komen netizen.

Selain bersimpati dengan nasibnya, rata-rata pelayar Twitter menzahirkan pendapat berbeza dan menyifatkan kisah itu sebagai rekaan semata-mata.

"Macam tak logik je cerita ni. AS ada undang-undang anti diksriminasi yang tegas. Kalau setakat tengok 1MDB terus hilang kelayakan semua rakyat Malaysia, siap bagi tahu kat calon, memang drama sangat lah.

"Bukan rezeki namanya tu. Masalah negara kenapa rakyat nak tanggung bila masuk kerja dekat luar negara? Tak logik.

"Berdasarkan video, jenis tulisan dan emoji macam tu, saya tak rasa video ini kisah benar.

"Rasuah tu memang tak elok. Kalau tuan video ni menipu pun, tak elok juga.

"Saya baru sahaja dipanggil oleh sebuah syarikayt MNC di AS untuk temuduga minggu lepas. Tak ada sebut 1MDB pun. Hanya pasal kerja," tulis beberapa netizen.

Di Twitter, video itu sudah menerima lebih 116,000 tontonan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 14-3-2022 02:21 PM
Edited by mojarean_X at 14-3-2022 03:39 PM

Cer dedah identiti bdk tu. Senanglah kami nk menilai. Ni setakat anonymous je....btw 1mdb ni bknlah hangat sgt pun kt luar negara pun. Tgk jumlah yg komen kt site berita luar negara pun sekerat dua je. Tu pun yg byk komen dari Malaysia. Cer tgk si Leonardo Dicaprio aman2 je. Media2 pembangkang Malaysia je yg perasan satu dunia berckp psl 1mdb.
Quote cmf_premierleag 14-3-2022 02:21 PM
Akak syak dia gagal interbiu
Quote ninja9 14-3-2022 02:24 PM
betulker kompeni amerika sangat teruk. kesalahan orang lain, orang lain jadik mangsa... klu mereka tak ckp knp tak dpt, jgn assume benda2  pelik... berapa kali dah interview.. kalau baru sekali kena cuba lagi. .. wpun sukar, aku baca ada jer yg bg kerja dengan bekas banduan di sana
Quote LoveSungmin 14-3-2022 02:29 PM
macam tipu je
Quote saviour_09 14-3-2022 02:33 PM
macam tun jugak ye duk ratib jibby & 1mdb
Quote paz 14-3-2022 02:42 PM
Tak kan lah nak diskriminasi. Tak logic betul.
Quote Dwdrum 14-3-2022 02:48 PM
Cuba nasib di small startup.. Ini tidak agak agak fresh grad minta MNC.. Yang dapat selalu nya top scorer or luck...if housemate minta discuss tentang corruption discuss saja lah masa nya untuk backup bukan semua malaysians corrupted... Ubah perception depa.. Ko sentap kenapa bukan yang corrupt... Face reality bukan runaway dari masalh or else selama nya koyak.... Btw bangsa apa?
Quote tripleid 14-3-2022 02:48 PM
Bossku tentu berbangga dgn pencapaian ini
Quote Orix 14-3-2022 02:50 PM
malu apa kata bosskur
Quote SedihPedih 14-3-2022 02:53 PM
tidak logik
Quote green~tea 14-3-2022 02:56 PM
Hassanah je tu... or propa berlebihan..

Bersepah je orang keje ngn company us, kemasukan tengah ramai pun skang ni.. mnc cam exxonmobil tu
Quote Dwdrum 14-3-2022 02:58 PM
Minta kerja di russia
Quote syamzana 14-3-2022 02:59 PM
tak lepas intvw, blh cuba lg cmpny lain. toksah la buat2 cite
Quote ~boolean 14-3-2022 03:12 PM
dari post kuat merentan menyalahkan orang lain pun dah boleh tau attitude macam mana..selayaknya lah tak dapat kerja..belum kerja dah propa lebih..
Quote Samerosie 14-3-2022 03:27 PM
Entah2 english grammar dia pun teruk.  
Quote epal21 14-3-2022 03:35 PM
Apa kaitan  1MDB dengan interview ko tu? Kalau iols memang iols smash le balik interviewer tu. Boleh juga kalau nak complaint kata discrimination. Tolonglah, diri sendiri yg tak performed, 1MDB juga dipersalahkan.  
Quote tungkai 14-3-2022 03:37 PM
Cerita budak Twitter..

Quote Solokkk 14-3-2022 03:53 PM
Ntah2 fail masa interview
Quote Mulotkoyak 14-3-2022 04:23 PM
Mesti cha ya nun aliff... Sengaja nk buruk kn mlysia je.. Nk tau gak sape tuh

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057667 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top