CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Pemandu Lori Mengamuk Terajang Dan Pulas Tangan Anak

14-3-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2819| Komen: 24

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu dikatakan menampar dan memulas dua tangan kanak-kanak lelaki berkenaan sambil memarahinya.



Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, laporan berkaitan kes itu diterima daripada ibu mangsa berusia 25 tahun di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini sebelum satu video tular menerusi aplikasi WhatsApp.


“Hasil penelitian video itu mendapati suspek memarahi mangsa selain menampar dan memulas kedua-dua tangannya.

“Selain itu, ibu mangsa telah mempertahankannya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ramsay, siasatan mendapati  pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak sebulan lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 14-3-2022 01:27 PM
Depa baru kawin sebulan...cukup setahun , budak tu jadi mendiang
Quote myakayina 14-3-2022 03:20 PM
aku hrp mak budak ni pikirkan anak dulu sebelum dia kehilangan anak dia..jgn asal berlaki je..
cepatlah ambik tindakan utk spesis panas baran mcm ni..klu bapak kandung budak tu ada lg aku hrp dia kutip mamat ni buat lauk dulu sebelum polis kutip..
ini yg sempat dirakam..aku yakin banyak lagi kes sama mcm ni kt luar sana..
so pls single mom semua..berhati hati sebelum korang nak cari laki baru..
Quote noor2 14-3-2022 03:21 PM
Asal berlaki maknya......
Quote chandrahusin 14-3-2022 03:25 PM
noor2 replied at 14-3-2022 03:21 PM
Asal berlaki maknya......

Mak dia yg report polis Nooragaknya siap2 rakam sebagai bahan bukti
baru sebulan kawin mak dh berani repot polis
tak berfikir2 pun
mmg dia syg anak tu
Quote whimsicalmusic 14-3-2022 04:36 PM
Nasib baik mak nye buat report polis..bodo punya jantan
Quote noor2 14-3-2022 05:07 PM
chandrahusin replied at 14-3-2022 03:25 PM
Mak dia yg report polis Nooragaknya siap2 rakam sebagai bahan bukti
baru sebulan kawin mak dh bera ...

Nasib baik mak dia bijak....elok cerai dan bg laki tu penjara 20 tahun
Quote anony-mous 14-3-2022 05:12 PM
Gamaknya next time kena try duduk sebumbung dlu sblm nikah. Dah gini, mmg payah nk cerai knowing laws dkt malaysia ni kalau perempuan yg mntak, mmg berlarutan kes
Quote Suchi 14-3-2022 05:37 PM
Ya Allah menggigil rasa naik darah taktaula la
Sbb takut atau terlalu risau.
Terkejut bila dia start tampar badan budak tu dan budak tu menangis iols takleh tahan tgk. Rasa nyesal plak tgk video tu, sian budak tu sure trauma teruk.
Mujur maknya tak amalkan konsep asal berlaki, elokla report.
Pemandu lori tu kalau tak mabuk amik dadah. Toksah la amik depa buat laki weh apatah lagi jadikan bapa tiri.
Risiko tinggi utk kehilangan nyawa anak tu.
Quote Decaffeinated 14-3-2022 05:46 PM
dapat video bodo2 ja kat whatsapp no caption no sarikata

setakat tengok ja lah. skrg baru tau.
Quote Suchi 14-3-2022 05:50 PM
anony-mous replied at 14-3-2022 05:12 PM
Gamaknya next time kena try duduk sebumbung dlu sblm nikah. Dah gini, mmg payah nk cerai knowing law ...

Org islam takleh nak wat gitu bagi kita ni kawen mmg ibarat perjudian.
Kita tak leh nak tester dulu ke apa.
Nak tester kena nikoh dulu.

Bayangkan yg kawen atas pilihan org tua tu haihh tidak laaa haku.

Quote Supersirap 14-3-2022 06:24 PM
Nasib baik cepat ditarik anaknya  semasa tangan dipulas, kalau x, lunyai tangan anak itu, gila punya kerja, baguslah sekarang kes ini dalam tindakan polis
Quote AbukRokok 14-3-2022 06:27 PM
lelaki semua sama
Quote angelofish 14-3-2022 07:36 PM
memang melayu suka dera anak ke? mabok mabok pukul anak bini..bini dia pon harus di siasat sebab merakam dan meviralkan video tu
Quote hareeeesah 14-3-2022 07:50 PM
angelofish: memang melayu suka dera anak k ...


Dah tgk ke tak video sis? Melayu mana pulak ckp karipulai ni haaa..
Quote MissyMolly 14-3-2022 09:10 PM
Jilaker. Baguslah jika betul maknya ambil tindakan. Fast forward 20thn ke depan.. smg budak tu pulas balik tgn dia
Quote pooh~key 14-3-2022 09:26 PM
angelofish replied at 14-3-2022 07:36 PM
memang melayu suka dera anak ke? mabok mabok pukul anak bini..bini dia pon harus di siasat sebab mer ...

Eeeeeeeeeeeeee baik kau delete komen kau ni nyah sis. Terlehat kurang bjak.my di situ sister oiiii….
Quote pooh~key 14-3-2022 09:27 PM
AbukRokok replied at 14-3-2022 06:27 PM
lelaki semua sama

Termasuk nabi muhammad ke sister? Heshe pun lelaki jugak sis.
Quote hotmak 14-3-2022 09:35 PM
sebab tu kagum betul dgn single mom yg senang je menikah baru, ingat senang ke nak dpt yg sayang dan ikhlas nak terima anak kita
Quote Aliaskotonggo 14-3-2022 10:16 PM
noor2 replied at 14-3-2022 03:21 PM
Asal berlaki maknya......

amende lak ko ni kak oiii

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058832 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top