Tular di TikTok, seorang gadis yang selamba memakan ikan mentah tanpa menunjukkan rasa mual. Video tersebut telah membuatkan kebanyakan netizen yang menonton berasa jijik dengan apa yang dilakukan.
Difahamkan rakaman tersebut dimuat naik oleh kekasih wanita tersebut yang dikenali sebagai Fiqhrul Annuar. “Awek aku orang atau bukan?”tulisnya di kapsyen. Di ruangan komen ramai meminta sebagai Fiqhrul Annuar membawa teman wanitanya berjumpa mana-mana ustaz kerana bimbang dengan keadaannya.
Ada juga mengecam tindakan berkenaan kerana jarang ada orang makan isi ikan mentah tanpa dimasak terlebih dahulu seperti itu dan meminta pemuda tersebut menegur gadis terbabit supaya berhenti melakukan perkara yang tidak masuk akal. Antara komen: "Sikit lagi kau yang kena makan bang" "Bau ikan mentah kalau makan gitu kan hanyir" "Kalau bela saka pun cuci la dulu" "Lebih baik tegur bimbang jadi tabiat" Gadis tersebut dikatakan memang suka merasai makanan dan mencuba untuk menjamah isi ikan mentah seperti menikmati sushi. Fiqhrul Annuar juga menjelaskan teman wanitanya tidak menghabiskan pun isi ikan tuna tersebut dan menafikan tuduhan netizen mendakwa yang gadis berkenaan mempunyai saka. -CARI |
tikusmontok replied at 14-3-2022 05:09 PM
Bengapnya la hai..gigih kunun mcm japanese korean mkn ikan mentah...orang mkn sushi sashimi tu ikan ...
green~tea replied at 14-3-2022 05:11 PM
Pengotor nya dia ni.. ikan berdarah2...
Sashimi tu laenn.. bersih fresh tak hanyir... ada cara pot ...
anony-mous replied at 14-3-2022 05:23 PM
Klau sashimi malaysia ni undergo brined proses, bukan mentah gitu berdarah2. Kena celup dlm cold w ...
anony-mous replied at 14-3-2022 05:25 PM
Xpernah lg i tgk org jepun mkn berdarah2 gitu setau i, sashimi undergo brined proses kena re ...
ADVERTISEMENT