CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sewa Billboard RM10,000 Semata-mata Cari Jodoh

14-3-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1332| Komen: 8

Enggan menghabiskan masa berjam-jam melalui aplikasi janji temu, seorang lelaki di United Kingdom (UK) mengambil pendekatan baharu untuk mencari jodoh iaitu dengan menyewa papan iklan untuk mengiklankan dirinya sebagai calon suami pilihan.


Jeevan Bhachu, 31, dari Ealing, berharap dapat menemui wanita idaman selepas wajahnya pada papan iklan berukuran 6.1 meter di stesen kereta api bawah tanah Oxford Circus.


Kredit foto: Mirror

Dalam papan iklan itu, Jeevan kelihatan segak dalam sut merah jambu berani dan menariknya, tertera ayat mencuit hati: "Lelaki India terbaik yang akan anda bawa pulang."

Mereka yang berminat dikehendaki melayari laman webnya, findjeevanawife.com dan calon perlu mengisi maklumat mengenai hobi dan minat berserta gambar diri mereka.

Kempen iklan yang menelan belanja 2,000 pound sterling (kira-kira RM10,938) itu diadakan selama dua minggu, selepas dilancarkan pada 3 Mac lalu.

"Ia berjalan lancar, saya mempunyai kira-kira 50 calon setakat ini yang sudah memohon. Ada yang serius, ada juga sebaliknya. Saya perlu menyusun kesemuanya dan melihat jika ada sesiapa yang menarik perhatian saya," kata Jeevan kepada MyLondon.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 14-3-2022 12:41 PM
Bkn ni berita lama ke?
Quote KamikuP 14-3-2022 01:17 PM
'Jeevan Bhachu, 31, dari Ealing'

Sekali baca ingatkan mamt ni dari Baling Kedah.. hahah loqlaq sungguh la
Quote Jitu 14-3-2022 11:48 PM
tak minatnya acik2 forum klu jenis gini
cer klu kokesen berpage2 lah thread ni
Quote mbhcsf 14-3-2022 11:58 PM
hmm ealing ? ealing broadway , the district line , hihihi....
Quote mbhcsf 14-3-2022 11:59 PM
, ealing ok lah tu...kalau Sloan Square - adekah mata mata akan memandang atau  kalau dia tulis mayfair ? hmmm..?
Quote Supersirap 15-3-2022 12:00 AM
Jika berduit apa salahnya iklankan diri sendiri
Quote lattehazelnut 15-3-2022 04:17 AM
So sape buat dulu, lelaki trg tu ke or laki ni
Quote ultra78 15-3-2022 05:50 AM
Mencari jodoh di cari.com.my

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060130 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top