Upacara pembakaran mayat aktres Tangmo Nida ditunda secara rasmi. Penundaan itu disebabkan ibunya, Panida mendesak forensik memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik Kementerian Kehakiman.
Perkara itu dimaklumkan peguam keluarga Tangmo, Kritsana Sriboonpimsuay pada Sabtu, lapor Bangkok Post. "Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik.
“Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian,” katanya. Sebelum itu, upacara memberi penghormatan terakhir buat aktres itu diadakan di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat hingga Ahad. Justeru, Kritsana berkata, permintaan untuk bedah siasat kedua itu secara tidak langsung upacara pembakaran yang sepatutnya berlangsung Isnin ditunda sehingga selesai. Polis masih meneruskan siasatan dan memeriksa bukti baharu yang mungkin bertentangan dengan laporan awal mereka bahawa kematian adalah kemalangan. Bedah siasat semula mayat Tangmo diutarakan oleh aktor dan petugas penyelamat bernama Ekkapun. Ekkapun merupakan orang pertama yang melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai. Menurutnya, wajah aktres itu seperti terkena pukulan benda keras, ada luka di mata kanan dan beberapa gigi patah. Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telahpun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lepas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru. Sumber: mStar
|
intan244 replied at 14-3-2022 01:25 PM
christian pon bakar ke
naina replied at 14-3-2022 02:22 PM
Takda pun keranda kat stage tu? Ke kat mana?
Lepastu tak busuk ke 3 hari buat upacara tu since maya ...
naina replied at 14-3-2022 02:22 PM
Takda pun keranda kat stage tu? Ke kat mana?
Lepastu tak busuk ke 3 hari buat upacara tu since maya ...
myakayina: ramai yg nak kan keadilan utk kematian mendiang..sampaikan dorg dah nak start boikot thailand for holiday katanya..
ADVERTISEMENT