Seorang lelaki menceritakan menceritakan pengalamannya kembali negatif Covid-19 selepas membuat larian sejauh 10 kilometer
Menerusi video pendek di TikTok, dia mendakwa positif Covid-19 pada 2 Mac yang lalu selepas melakukan pemeriksaan menerusi ujian kit pantas (RTK). "Petang kelmarin positif". Disebabkan tidak dapat tidur, dia mengambil keputusan untuk jogging. Katanya dia langsung tidak mengalami kesan pada staminanya walaupun disahkan positif Covid-19. "Semalam tak boleh tidur. Habis badan berpeluh, peluh busuk gila gila. Bau dia macam peluh tosik orang yang tak pernah buat apa-apa tetapi berpeluh. Saya positif tetapi saya jalankan aktiviti sukan di kawasan yang sunyi." Di hujung video tersebut lelaki ini berkongsi dia sekali lagi melakukan ujian RTK dan mendapati keputusannya adalah negatif. Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini berikutan berada di luar ketika positif Covid-19 yang secara tidak langsung boleh menjangkiti orang lain. Susulan daripada itu, Dr Khairul Hafidz menerusi satu ciapan di Twitter menjelaskan berlari sejauh 10 kilometer sama sekali tidak akan menyebabkan pesakit Covid-19 negatif dengan kadar segera. -CARI
|
mojarean_X replied at 14-3-2022 12:43 PM
Iols lps minum air rendaman cengkih esoknya terus negative
krustykrab replied at 14-3-2022 01:12 PM
Rengsa aku org duk promote vitamin2 tahbhapa2 susu harimau la...dah la mahal kemain..
Lentera replied at 14-3-2022 01:11 PM
Pastu dia igt dh -ve tu dia dah x payah kuarantin? Apoooooo...
mojarean_X replied at 14-3-2022 01:14 PM
Lg2 soh amik vitamin c-1000 tu. Dahlah ada limit badan boleh terima vitamin c dlm sehari.
krustykrab replied at 14-3-2022 01:14 PM
Dh -ve pun masih kna kuarantin ke?
Patutu la org tak koser nk hapdet mysejatra...
annehuda replied at 14-3-2022 12:26 PM
aku rasa dia false positive sbb kalau btul2 positive takdenye kabur mcm tu
Lentera replied at 14-3-2022 01:11 PM
Pastu dia igt dh -ve tu dia dah x payah kuarantin? Apoooooo...
Miss.Rara replied at 14-3-2022 01:32 PM
soklan nya... sapa yang amik bideo dia tgh joging?
lurve82 replied at 14-3-2022 01:31 PM
iols positif plak..padahal dh nak baik batuk selsema..masa tgh peak hari tu negatif...org kkm call c ...
ADVERTISEMENT