Kuching: Kanak-kanak lelaki, Eric Chang Wei Jie, 4, yang hilang sejak Isnin lalu dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke Sungai Sarawak di Muara Tebas, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dalam kenyataannya hari ini berkata, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Menurut beliau, ia berikutan penahanan dua suspek utama iaitu penjaga kanak-kanak terbabit di Jalan Daya Bintawa di sini dan tahanan reman diteruskan bagi siasatan lanjut.
"Hari ini, usaha pencarian mangsa difokuskan di sekitar perairan Muara Tebas dengan bantuan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. "Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini memandangkan ia masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan itu. Pada 7 Mac lalu, ibu Eric, Dynasty Chang Ka Hui, 25, membuat laporan polis di Balai Polis Bintawa berhubung kehilangan anak lelakinya itu pada 9.15 pagi. Pengasuh kanak-kanak itu yang juga salah seorang suspek menghubungi ibu mangsa dan mendakwa kanak-kanak itu hilang di sekitar Bintawa Village. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Lentera replied at 14-3-2022 05:16 AM
4 org yg direman tu termasuk parents dia Ada 17 rekod kes lak tu.. Uiiii kesian ko Eric
ADVERTISEMENT