CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dijual RM62,800 -Kucing Dah Sama Harga Macam Beli Kereta

14-3-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1939| Komen: 16

Kuala Lumpur: Harganya mampu menyamai sebuah kereta model baru di pasaran. Itu nilai anggaran bagi seekor kucing liar Afrika (Leptailurus serval) diseludup masuk ke negara ini.


Berdasarkan maklumat, seekor kucing liar ini boleh mencecah harga AS$15,000 (RM62,800) seekor di pasaran gelap.

Terbaru sepasukan anggota penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama lima anggota Unit Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melakukan risikan dan serbuan susulan maklumat berhubung pemilikan haiwan liar dilindungi ini secara haram.


Foto: Harian Metro


Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi itu adalah antara kerjasama membabitkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membenteras aktiviti membabitkan jenayah hidupan liar.

Beliau berkata, serbuan dilakukan terhadap sebuah kediaman mewah di Seri Kembangan pada jam 9.30 malam kelmarin.

"Hasil dari pemeriksaan dilakukan, pihak kami menemui tiga ekor kucing liar Afrika atau Serval Cat diletakkan di dalam sangkar.

"Turut ditemui dua ekor monyet spesies Blue Monkey yang dipercayai berasal dari benua Afrika. Haiwan liar itu turut ditempatkan di dalam sangkar kecil di kediaman berkenaan," katanya.

Beliau berkata, dua penghuni kediaman itu berusia 20-an dan 30-an ditahan untuk soal siasat awal.

"Pasangan itu gagal menunjukkan lesen menyimpan semua hidupan liar dilindungi berkenaan.

"Susulan itu, semua hidupan liar itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Perhilitan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

"Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Seri Kembangan dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.

Kadir berkata, siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat bagaimanapun haiwan liar dilindungi itu dibawa masuk suspek ke negara ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual hidupan liar dilindungi termasuk spesies kucing hutan tempatan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

Sebelum ini, dua ekor kucing hutan spesies Flat Headed Cat bernilai sekitar RM50,000 berjaya dirampas Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching di sebuah rumah daerah Bau, Sarawak.

Seramai 133 individu yang terbabit dengan jenayah hidupan liar diberkas sepanjang Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan sejak tahun lalu.

Semua mereka diberkas dan disiasat atas pelbagai kesalahan pemilikan, penyimpanan hidupan liar, pemburuan, penyeludupan, pemilikan senjata api, pencerobohan hutan dan lain-lain kesalahan berkaitan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, semua individu terbabit dituduh atas pelbagai kesalahan mengikut akta perlembagaan negara terutamanya Akta 716, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Senjata Api 1960, Enakmen Perbadanan Taman Negara 1989, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.

Beliau berkata, selain hidupan liar yang dirampas, OBK turut melakukan rampasan terhadap kenderaan, senjata api, peluru, jerat dan pelbagai barangan milik penjenayah.

"Sehingga kini, pihak kami melakukan rampasan membabitkan nilai RM31.9 juta hasil OBK dilakukan.

"Sebanyak 59 khemah digunakan golongan penjenayah hidupan liar ini berjaya ditemui dan 303 jerat dimusnahkan.

"Individu yang didakwa di mahkamah membabitkan 121 warga Malaysia, 5 (Kemboja), 4 Myanmar dan 3 individu masing-masing Indonesia, Pakistan dan Thailand," katanya,

OBK adalah operasi penguatkuasaan di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) yang mula dilaksanakan sejak September 2019.

OBK adalah kerjasama antara Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Perbadanan Taman Negeri Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-3-2022 10:53 AM
manusia liar berapa pula???
Quote CARI-MRO 14-3-2022 11:37 AM
Kuala Lumpur: Harganya mampu menyamai sebuah kereta model baru di pasaran. Itu nilai anggaran bagi seekor kucing liar Afrika (Leptailurus serval) diseludup masuk ke negara ini.


Berdasarkan maklumat, seekor kucing liar ini boleh mencecah harga AS$15,000 (RM62,800) seekor di pasaran gelap.


Terbaru sepasukan anggota penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama lima anggota Unit Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melakukan risikan dan serbuan susulan maklumat berhubung pemilikan haiwan liar dilindungi ini secara haram.




Foto: Harian Metro




Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi itu adalah antara kerjasama membabitkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membenteras aktiviti membabitkan jenayah hidupan liar.


Beliau berkata, serbuan dilakukan terhadap sebuah kediaman mewah di Seri Kembangan pada jam 9.30 malam kelmarin.


"Hasil dari pemeriksaan dilakukan, pihak kami menemui tiga ekor kucing liar Afrika atau Serval Cat diletakkan di dalam sangkar.


"Turut ditemui dua ekor monyet spesies Blue Monkey yang dipercayai berasal dari benua Afrika. Haiwan liar itu turut ditempatkan di dalam sangkar kecil di kediaman berkenaan," katanya.


Beliau berkata, dua penghuni kediaman itu berusia 20-an dan 30-an ditahan untuk soal siasat awal.


"asangan itu gagal menunjukkan lesen menyimpan semua hidupan liar dilindungi berkenaan.


"Susulan itu, semua hidupan liar itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Perhilitan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.


"Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Seri Kembangan dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.


Kadir berkata, siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat bagaimanapun haiwan liar dilindungi itu dibawa masuk suspek ke negara ini.


Beliau berkata, pihaknya memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual hidupan liar dilindungi termasuk spesies kucing hutan tempatan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.


Sebelum ini, dua ekor kucing hutan spesies Flat Headed Cat bernilai sekitar RM50,000 berjaya dirampas Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching di sebuah rumah daerah Bau, Sarawak.


Seramai 133 individu yang terbabit dengan jenayah hidupan liar diberkas sepanjang Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan sejak tahun lalu.


Semua mereka diberkas dan disiasat atas pelbagai kesalahan pemilikan, penyimpanan hidupan liar, pemburuan, penyeludupan, pemilikan senjata api, pencerobohan hutan dan lain-lain kesalahan berkaitan.


Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, semua individu terbabit dituduh atas pelbagai kesalahan mengikut akta perlembagaan negara terutamanya Akta 716, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Senjata Api 1960, Enakmen Perbadanan Taman Negara 1989, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.


Beliau berkata, selain hidupan liar yang dirampas, OBK turut melakukan rampasan terhadap kenderaan, senjata api, peluru, jerat dan pelbagai barangan milik penjenayah.


"Sehingga kini, pihak kami melakukan rampasan membabitkan nilai RM31.9 juta hasil OBK dilakukan.


"Sebanyak 59 khemah digunakan golongan penjenayah hidupan liar ini berjaya ditemui dan 303 jerat dimusnahkan.


"Individu yang didakwa di mahkamah membabitkan 121 warga Malaysia, 5 (Kemboja), 4 Myanmar dan 3 individu masing-masing Indonesia, Pakistan dan Thailand," katanya,


OBK adalah operasi penguatkuasaan di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) yang mula dilaksanakan sejak September 2019.


OBK adalah kerjasama antara Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Perbadanan Taman Negeri Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote stinger109 14-3-2022 11:41 AM
Murah.....
Quote Decaffeinated 14-3-2022 11:42 AM
yang jinak pun tak kuasa

Quote isseliparjepun 14-3-2022 12:30 PM
I tengok ig Peta, kalau spesis kucing liar ni nak diambil, emaknya dibunuh dulu. Kesian sangat. Kejam betul puak puak yang sampai ketahap seludup haiwan semata demi menunjukkan berduit dan minat ni.
Quote mejaputih 14-3-2022 12:32 PM
isseliparjepun replied at 14-3-2022 12:30 PM
I tengok ig Peta, kalau spesis kucing liar ni nak diambil, emaknya dibunuh dulu. Kesian sangat. Keja ...

pelanggan pun kira bersubahat sama la kan atas kekejaman haiwan2 liar ni.
Quote Orix 14-3-2022 12:42 PM
isseliparjepun replied at 14-3-2022 12:30 PM
I tengok ig Peta, kalau spesis kucing liar ni nak diambil, emaknya dibunuh dulu. Kesian sangat. Keja ...

kenapa maknya dibunuh dulu ?
Quote she 14-3-2022 12:44 PM
Orix replied at 14-3-2022 12:42 PM
kenapa maknya dibunuh dulu ?

Sebab anak2 akan mewarisi keliaran spesis
Quote Orix 14-3-2022 12:45 PM
she replied at 14-3-2022 12:44 PM
Sebab anak2 akan mewarisi keliaran spesis

Pisahkan jela dari mak nya. xde la mewarisi psychologically sifat liar tu
Quote she 14-3-2022 12:46 PM
Kawan macik ada bela kucing ni dua ekor
Dia call cakap kucing dia garang
Dia minta tolong macik jinakkan miau

Macik g rumah tengok2
Laaaa ni miau hutan
Patutlah dia bagi makan daging ayam rebus

Garang gila wehhh
Macam rimau
Dikokaknya tangan mau tak lepas

Itu tara dah dipisah dengan mak dari baby
Kalau mak dia ada…mau putus lengan kome
Quote she 14-3-2022 12:48 PM
Orix replied at 14-3-2022 12:45 PM
Pisahkan jela dari mak nya. xde la mewarisi psychologically sifat liar tu

Maknye protective

Kucing hutan ni macam rimau
Tak layan kite miau miau kan die

Quote nikaido 14-3-2022 12:59 PM
she replied at 14-3-2022 12:46 PM
Kawan macik ada bela kucing ni dua ekor
Dia call cakap kucing dia garang
Dia minta tolong macik jina ...

Serval dgn caracal mmg kucing liar yg garang & ganas. Aku ada tengok video channel youtube Big Cat Sanctuary
Jenis2 Rimau dgn singa juga yg chill. Kucing2 liar je garang nak mampus
Quote she 14-3-2022 01:07 PM
nikaido replied at 14-3-2022 12:59 PM
Serval dgn caracal mmg kucing liar yg garang & ganas. Aku ada tengok video channel youtube Big Cat ...

Haaa dia punya bunyi tu menderam
Bukan mengiau

Macik tengok dalam sangkar tu pun rasa seram
Takut nak hulur jari
Makan pulak daging
Eeeeeee
Quote isseliparjepun 15-3-2022 07:13 AM
Orix replied at 14-3-2022 12:42 PM
kenapa maknya dibunuh dulu ?

Sebab mak akan protect anak anak dari pemburu, akan attack pemburu. Jadi mereka akan tembak ibunya, baru diambil anaknya dan di bela.
Quote isseliparjepun 15-3-2022 07:14 AM
mejaputih replied at 14-3-2022 12:32 PM
pelanggan pun kira bersubahat sama la kan atas kekejaman haiwan2 liar ni.

Ya, permintaan dari so-called animal lovers ni akan menyokong pemburuan haram.
Quote uori 15-3-2022 07:18 AM
kenapalah bela kalau liar dan garang gitu, buat seksa diri je

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048387 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top