CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Luar Biasa, Pokok Pisang Berbuah Dua Kali Di Chenor

14-3-2022 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1080| Komen: 2

Maran: Memang menjadi lumrah alam, pokok pisang sememangnya hanya berbuah sekali sahaja.

Namun, ia sebaliknya berlaku di Kampung Bukit Kening, Batu Bor, Chenor di sini apabila pokok pisang awak tumbuh baharu di atas batang pokok yang asalnya ditebang, dua bulan lalu.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas imam, Mohd. Yamin Abdullah, 62, berkata, dia menyedari pokok pisang itu kembali tumbuh 10 hari lalu ketika mahu membersihkan kawasan tersebut.


Foto: Utusan

Menurutnya, pokok pisang awak atau Siam itu kini sudah pun mengeluarkan jantung dan menghasilkan buah.


“Induk pokok pisang ini ditanam di belakang rumah lebih setahun lalu dan kini membiak dengan subur dan menghasilkan pula anak benih baharu.

“Saya terkejut setelah berusia 62 tahun, ini kali pertama melihat pokok pisang berbuah dua kali yang tumbuh dan berbuah di atas batang yang telah ditebang,” katanya di Kampung Bukit Kening, Batu Bor di sini semalam.

Sementara itu, isterinya, Saudah Bahaman, 60, pula berkata, dia dan suaminya menganggap kejadian itu suatu yang luar biasa bagi mereka.

Sehubungan itu katanya, dia dan suami kini menjaga pokok pisang ‘luar biasa’ itu dengan baik kerana bimbang dimakan ‘musuh’ yang banyak berkeliaran di kampung tersebut iaitu monyet.

Menurutnya, pokok pisang awak tersebut kini tumbuh dengan subur sebagaimana pokok pisang normal yang lain.

“Diharap sang monyet tidak menjadi pemusnah dan kami akan sabar menunggu pisang ‘luar biasa’ ini matang dan masak,” katanya.

Dalam pada itu, Saudah yang juga guru agama pondok berharap masyarakat mengambil iktibar peribahasa ‘pisang takkan berbuah dua kali’ dan berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu yang berakhir dengan penyesalan. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eragon 14-3-2022 11:46 AM
ngam ngam timing filem kampuung pisang berbuah dua kali sedang ditanyangkan.
Quote kakikuDibibirmu 14-3-2022 12:01 PM
Mamat Khalid tersenyum sinis

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.323897 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top