CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makwe Pakwe Solat Jemaah Guna Video Call- Jangan buat content persenda Islam!

14-3-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1492| Komen: 8

KOTA BHARU: Tindakan individu tertentu membuat kandungan video atau content dalam media sosial berkaitan solat jemaah secara online yang tular di TikTok dan Instagram baru-baru ini. diselar kerana dianggap mempersenda Islam.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta hukum-hakam agama.

Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.



“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.


“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bersalah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen  Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kali Ke-6 di Kompleks Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Terdahulu tular dalam media sosial video ‘solat jemaah online pakwe makwe’ yang memaparkan pasangan dipercayai kekasih sedang solat berjemaah bersama-sama menerusi panggilan video atau video call. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 14-3-2022 02:29 PM
KOTA BHARU: Tindakan individu tertentu membuat kandungan video atau content dalam media sosial berkaitan solat jemaah secara online yang tular di TikTok dan Instagram baru-baru ini. diselar kerana dianggap mempersenda Islam.
Quote ninja9 14-3-2022 02:31 PM
hebat betul internet ni banyak boleh buat inovasi dlm kehidupan manusia ..
Quote Simunggu 14-3-2022 02:33 PM
budak budak sekarang lain pemikiran mereka sbb internet...
Quote stinger109 14-3-2022 02:35 PM
Apa isu sebenarnya ini?

Solat jumaat tiap minggu dipancarkheun live melalui tv sebelum pandemik ini ok aja kheunz?
Quote batmana 14-3-2022 02:36 PM
Laki bini pun xbuat cmni
Quote mily 14-3-2022 02:42 PM
Kalau bleh buat mcm tu... Jwbnya xpayah naik flight g haji.  Takat tvk ikut youtube atau video call org yg dok sana pun bleh dpt haji... Bahaya betul lah... Ni katanya dah boleh mengundi?  Umo2 yg x matang lagi mcm ni...
Tiber ter out of topic... Sori mod
Quote lampor 14-3-2022 02:47 PM
stinger109 replied at 14-3-2022 02:35 PM
Apa isu sebenarnya ini?

Solat jumaat tiap minggu dipancarkheun live melalui tv sebelum pandemik ini ...

Ko muslim ke dek? Kalau muslim mesti ko faham ni isu apa. Kalau non muslim baik senyap saja.
Quote stinger109 14-3-2022 02:48 PM
lampor replied at 14-3-2022 02:47 PM
Ko muslim ke dek? Kalau muslim mesti ko faham ni isu apa. Kalau non muslim baik senyap saja.

https://youtube.com/shorts/npvtUBsdYTY?feature=share

Ok baru tengok...paham dah.....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.046023 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top