CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sahrihan Terkejut BN Tewaskan Kubu Muhyiddin

14-3-2022 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1058| Komen: 1

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir mengejutkan ramai pihak berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) menewaskan kubu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sahrihan Jani ketika dihubungi mengakui turut terkejut dengan kemenangan itu apabila mampu menewaskan tiga lagi calon masing-masing daripada PN, PKR dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, berdepan dengan lawan yang agak kuat selain kawasan Ahli Parlimen Pagoh itu masih mempunyai penyokong tegar mengundang sedikit gentar berikutan ini adalah kali pertama beliau dicalonkan.



“Saya tak jangka banyaklah, memang ada rasa kebarangkalian untuk menang kerana ketika ini rakyat membuat peralihan kepada BN. Rakyat sekarang melihat BN sebagai sebuah parti yang mampu membawa kestabilan.

“Jadi, kita dah nampak aura kemenangan itu walaupun ini dikatakan kubu kuat Tan Sri (Muhyiddin), cuma, saya tidaklah meletakkan harapan tinggi ataupun kalau dikatakan menang mungkin selisih tak jauh beza,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Sahrihan, sebagai anak jati Gambir, beliau menganggap ia juga sebahagian faktor kemenangannya berikutan hubungan baik bersama penduduk yang tidak asing dengan mereka.

“Ibu bapa saya memang berasal dari sini dan kami adik beradik juga dibesarkan di kampung ini. Malah, saya pun bekerja di Bandar Muar dan penduduk sekitar dah biasa dengan kewujudan saya.

“Saya kira itu juga menyebabkan saya mudah mendekati orang kampung yang mana mereka memang saya dah kenali sejak dahulu,” katanya.

Sahrihan yang juga seorang peguam berjanji melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin termasuk menjaga kebajikan penduduk dan meningkatkan fasiliti di Gambir.

“Apa yang saya lihat perlu diberi perhatian adalah membaik pulih infrastruktur contohnya tempat-tempat riadah. Malah, klinik di Gambir juga perlu ditambah baik atau dibesarkan.

“Selain itu, liputan rangkaian telefon dan internet juga agak lemah di beberapa kawasan yang mana saya kira ini antara kemajuan yang saya nak bawa. Bagi soal kebajikan penduduk pula termasuk program Bakul Makanan akan diteruskan seperti biasa tanpa mengira parti,” katanya.

Pada PRN Johor, DUN Gambir berjaya dimenangi BN dengan keputusan 7,960 undi menewaskan calon daripada PN, Mohd. Solihan Badri (4,814); Naim Jusri-PKR (4,508) dan Pejuang, Suraya Sulaiman (220). 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-3-2022 10:19 AM
org pandang BN/UMNO sekarang bukan pak yidin & Tun...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.034554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top