CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Ketika Tunda Motor Kawan Di LPT2, Pekerja Kilang Maut Dirempuh Kereta

14-3-2022 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1011| Komen: 0

Seorang pekerja kilang getah maut ketika membantu menunda motosikal rakannya yang rosak di Kilometer 365.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Bukit Besi, di sini hari ini. 


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Muhammad Rasul Mustaqim Azlee Allvin, 17, dari Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Dungun. 


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 membantu menunda motosikal rakannya yang rosak bersama seorang lagi rakan, menghala pulang ke Negeri Sembilan.


Namun, katanya, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terjatuh di lorong kanan jalan dan dirempuh Perodua Myvi dari arah belakang 

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian ekoran kecederaan parah dialami,” katanya ketika dihubungi. 

Baharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.104767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top