CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dikunjungi Pegawai Penyiasat Makhluk Asing Lepas Nampak UFO

14-3-2022 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1103| Komen: 0

Pegawai-pegawai kerajaan Britain didakwa secara rahsia sedang mengumpulkan data mengenai kebarangkalian terdapat penemuan berkaitan makhluk asing, lapor Daily Star.


Seorang individu memberitahu Daily Star bahawa dia dikunjungi dua pegawai kerajaan selepas melaporkan terlihat kelibat sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) kepada polis.


Gambar hiasan

Lelaki itu enggan mendedahkan identitinya kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepada keluarganya selepas mendakwa dia dilawati lelaki menyerupai ejen risikan makhluk asing seperti dalam filem Men in Black. 

“Saya melihat bola berwarna oren gelap di langit. Pada mulanya saya fikir ia adalah helikopter atau pesawat yang bermasalah. Tetapi, ia tidak jatuh ke tanah, sebaliknya hanya berlegar-legar di udara.

“Saya agak terkejut dan keliru. Saya fikir ia adalah UFO. Saya pulang ke rumah dan mencari laman web untuk melaporkan penampakan UFO tetapi gagal, lalu menghubungi polis," jelasnya. 

Menurutnya, dua lelaki yang mengatakan bahawa mereka adalah pegawai kerajaan tiba di rumahnya kira-kira 10 hari kemudian untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkara itu.

Penyiasat UFO kerajaan Britain, Nick Pope bagaimanapun telah menafikan khabar angin mengenai siasatan oleh Kementerian Pertahanan berkaitan UFO. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057150 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top