CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inilah 'Hantu Kiev' Yang Tembak 10 Jet Tentera Rusia

14-3-2022 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2103| Komen: 11

Seorang juruterbang jet pejuang Ukraine yang berjaya menembak 10 jet tempur tentera Rusia telah didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Bagaimanapun, muka sebenar juruterbang itu tidak didedahkan apabila beliau memakai visor berwarna hitam dan topi pesawat serta topeng oksigen sekali gus melindungi wajahnya yang sebenar.


Inilah juruterbang yang mengendalikan jet tentera Ukarine. Beliau didakwa telah menembak jatuh 10 jet tentera Rusia. - Foto Agensi

Ketika imej juruterbang itu dirakamkan, dia sedang berada di dalam kokpit jet pejuang buatan Kesatuan Soviet iaitu MiG-29 yang digunakan oleh tentera Ukraine bagi menentang tentera Rusia.


Imej itu didedahkan oleh kakitangan am tentera Ukraine dan juruterbang itu sebelum ini digelar sebagai 'hantu dari Kiev'.

Ukraine mendakwa telah menembak jatuh beberapa pesawat Rusia semasa perang di negara itu tercetus pada 24 Februari lalu.

Putin dilaporkan mempunyai hampir 1,200 buah pesawat tempur sebelum permusuhan tersebut bermula manakala Ukraine pula dilaporkan hanya mempunyai 124 buah jet.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rockafella 14-3-2022 09:59 AM
"Muka sebenar juruterbang itu tidak didedahkan apabila beliau memakai visor berwarna hitam dan topi pesawat serta topeng oksigen sekali gus melindungi wajahnya yang sebenar."

International press ambil gambar camni, pastu buat cerita rekaan sendiri untuk content portal news diorg? Tak dinafikan kaedah diorg berjaya sebab lebih dari 25K shares.
Quote Azhargoth 14-3-2022 11:10 AM
Tom Krus tu..
Quote Mary_jane 14-3-2022 11:17 AM
Dah ada ‘hantu’ ni boleh lah Ukraine bertahan lebih lama. Bukan apa pun innocent lives tu khuen? China pun tak support Russia, katanya lah, dengan sokongan the West lagi tak lama menanglah Ukraine tu.
Quote pyropura 14-3-2022 11:42 AM
Kan pesawat2 Russia & senjata2 banyak yg.dibuat di Ukraine juga. Jadi lauk pilot Ukraine ler. Sebab tu Ukraine mintak negara2 sekutu bagi pinjam jet russia je.
Quote scorpionkiki 14-3-2022 11:43 AM
Boleh cayer ker?
Quote pyropura 14-3-2022 11:52 AM
Mary_jane replied at 14-3-2022 11:17 AM
Dah ada ‘hantu’ ni boleh lah Ukraine bertahan lebih lama. Bukan apa pun innocent lives tu khuen? C ...

Rusia byk.buat blunder juga kan. Boss FSB & beberapa jeneral pun dah kena house arrest. Dah hampir sebulan Kiev masih tak dapat ditawan. Acik Zelensky pun dah keluar dari bunker & aman2 je masuk istana presiden balik
Quote TeropongThaico 14-3-2022 12:52 PM
Ye ke dia. Kalau tak salah tu hari dengar kata dah kena tembak
Quote neo_5050 14-3-2022 12:56 PM
antu kiev ni dah kena tembak pun, kann? pilot pun dah mati terbunuh.
Quote neo_5050 14-3-2022 12:58 PM
FB_IMG_1646569820303.jpg

Awal mac haritu kejadian ni.
Quote she 14-3-2022 12:59 PM
Eh bukan pak Zelen dah angkat separuh bendera putih kah?

Ukraine dah tawar hati dengan Nato
Sekarang pak Zelen dalam proses pujuk abe Putin untuk berdamai
Bersedia bincang status dua bandar yang dibawah kuasa abe Putin

Quote Mary_jane 14-3-2022 05:15 PM
pyropura replied at 14-3-2022 11:52 AM
Rusia byk.buat blunder juga kan. Boss FSB & beberapa jeneral pun dah kena house arrest. Dah hampir ...

Jangan hujung2 meratib nyawa rakyat banyak terkorban. Biden pun baru topup $13 billion & $200 juta senjata ke Ukraine. Kalau kalah juga baik Zel sambung jadi comedian jela.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.045637 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top